CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

U klik ME I klik U

Memaparkan catatan dengan label Sharing is Caring. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sharing is Caring. Papar semua catatan

Jumaat, 16 Disember 2011

KFC oh KFC

Salam Jumaat semua
Masih dalam mood kesibukan terlampau
Budget plan kena buat semula, renewal license company pon x settle lagi
huhuhu
tapi ada sesuatu yg mengeletek hati mummy
so nak share jugak ngan korang semua.

Mummy ada nampak kat beberapa blog kengkawan mummy pasal Free Double Zinger Burger with any purchase at KFC..valid sampai 15.01.2012
wah..dengan seronoknya mummy print & edar kat opis nih
(mmg mummy tukang print kalo bab2 voucher free ni, McD dulu pun sama gak)
TAPI
x sampai 5 jam KFC announce FREE tuh
tetiba dia announce

Dear KFC Fans,
Due to the overwhelming response on the FREE Double Zinger Burger Combo online voucher, we would like to inform that the allocated stocks for this online promotion is FINISHED! We REGRET for any inconvenience caused and we THANK YOU for all your support. Please look out for more amazing deals from us very soon!:)
so...
semua orang start marah & maki2 KFC
semua nak boikot KFC
semua merasa TERTIPU & ditipu oleh KFC
gara2 sebijik burger

kerana tak tahan ngan tohmahan Rakyat Malaysia
KFC kuarkan plak statement berikut kat FB nya
dengan harapan semua Rakyat Malaysia akan Cool Down
  • To all our dearest KFC Malaysia fans,
    We sincerely apologize over the experience that this incident has caused. We are continuing to listen to your feedback. We THANK YOU again for your support and your patience with us.
    Regards,
    KFC Malaysia – Kentucky Fried Chicken
    Tapi itu lah dah lumrah manusia kan..bila sesorang dh Janji tuh kenalah tunaikan SEBAB
  • Kesian kat mereka2 yg dh Print Voucher tu (habis ink mereka..tu semua duit tu)
  • Mereka2 yg bawak 1 Family tapi bila sampai kat KFC, voucher x leh pakai pulak (malu punya pasal terpaksa la bayar, xkan nk cancel makan pulak kan)
  • Mereka dah redah hujan/panas, bayar tol, minyak keta lagi nak menuju ke KFC tapi x berbaloi la pulak (dah ler dah tengah bulan ni, ingat nk jimat tp dah lebihhh pulak
Kesimpulannya, Mummy rasa kalo mana2 syarikat yang nak buat FREE voucher dan sebagainya sila lah fikirkan pro & kontra nya sblm buat. jgn bila dah buat tetiba nk tarik balik la, nak cancel la, tak ke kesian mereka2 yang TERKENA itu.

p/s : boleh jadi lawak of the year la KFC ni

Khamis, 28 Julai 2011

Voucher RM200 dah sampai...nk Shopping lah!

Pagi tadi masuk opis tengok dlm tray ada envelope pos Ekspres.
yeah..dah boleh agak dah...
x sabar terus buka tengok dalam tuh ada ..............


 voucher ni bernilai RM200 semuanya..tapi mummy beli ngan harga RM150 sahaja
mmg berbaloi2 tau...tapi voucher ni boleh pakai utk beli susu Anmum, Anlene & Fernleaf jer.
My little angel tuh mmg minum Anmum so...dngn Voucher ni mummy boleh beli 4 kotak susu utk aleesya.
(4 kotak tuh x cukup pon utk sebulan..huhuhu kena tmbah lg 1 kotak ngan duit sdiri)
korang berminat ke...kalu berminat jugak terjah je kat blog Cute Mum. dengar2 nya ada lg 15 keping voucher utk di jual...
 Si aleesya skang ni mmg bnyak minum susu dan kurang makan kerana asyik nak main jer
iye lah dia "baru dapat kaki"..asyik nk jalan..lari kesana sini..
xpe lah janji kamu sihat deq oooiii..





Isnin, 25 Julai 2011

Free RM10 Voucher at TESCO

Salam Isnin Kengkawan
tadi mummy ada singgah kat website Tesco
dan
ternampak ada free voucher RM10
dengan syarat pembelian RM100 ke atas
valid from 24-26 (tinggal hari ni dan esok jer)
masih sempat nk berjimat cermat especially menjelang Ramadhan ni kan
banyak brg2 dapur nak beli
so kepada sesiapa yg bercadang nak shopping hari ni or esok
sila print je voucher tu..dah jimat RM10 kan


klik 4 print

p/s : jom le terjah tesco..

Sabtu, 25 Jun 2011

Insurans untuk Haji & Umrah.

Korang penah dengar tak?
semalam agent insurans mummy call, katanya ada produk baru yg mmg best.
So mummy suh jer dia dtg opis, senang nk citer kan.
Tadi kol 11am dia datang & explain pasal PRUBSN UMMAH (by prudential)
korang tahu tak pasal ni??
ikut pemahaman mummy masa dengar explaination tadi, PRUBSN UMMAH ini adalah seumpama saving bulanan untuk kita yg beragama islam sbg persiapan mengerjakan Haji/Umrah pd masa akan datang.
ianya cam kita wat saving kat tabung haji jugak lah, bezanya cuma kat prudential ni kita wat saving disamping dapat beberapa jenis perlindungan lagi dan kita x boleh kuarkan saving ini kecuali utk menunaikan haji/umrah sahaja. Antara manfaat haji/umtah yg ditawarkan:-

1- Bonus loyalti dr saving - sama cam tabung haji jugak le..+- je
2- manfaat 36 penyakit kritikal - kalau dlm tempoh tersebut kita kena penyakit kritikal, prudential akn byr RM10k
3- Badal Haji - kalau ditakdirkan pendek umur, prudential akn byr kos upah haji RM3k
4- Khairat Kematian - RM2k
5- Manfaat bagi kematian sebelum mengerjakan haji RM30k, sekiranya kematian semasa mengerjakan haji (meninggal kt mekah) dibayar pampasan RM60k

setelah calculation dibuat, mengikut umur mummy skang nih..masih leh wat saving hingga 30 tahun lagi (sehingga berumur 60 tahun).
kadar simpanan RM68.00 sebulan, dimana pada umur 48 tahun pun  dah cukup jumlah utk wat haji.
mummy cam teringin nk join nih..
korang ada pendapat tak???


entah ape motif mummy tempek gmbar nih...hehehe
saje je x nk wat en3 tnpa gmbar x meriah!!





Khamis, 26 Mei 2011

Isu Halal & gelatin yg mengandungi DNA B@b!

Salam Khamis Semua...

Banyak blog sedang memperkatakan isu Halal bagi kebanyakan Fast Food Restaurant di Malaysia ni.
Mummy pun tak tahu sejauh mana kebenaran tersebut.
ada yg ckp KFC, ada yg ckp Secret Recipe dll

Mummy baru perasan lately Papa selalu balik kije awal...so mummy tanya kenapa?
Kata Papa...JAIS sibuk duk wat operasi "Menyamak" semua peralatan/perkakasan dan kawasan sekitar tempat keje papa.
OMG..terkejut mummy..nape sampai JAIS yang datang..tempat keje awk kan xde non-halal items.
Kata Papa..ada satu supplier yg antar brg telah menghantar beberapa ramuan yang mengandungi gelatin b@b!...supplier tu baru lagi...dan mungkin ada isu penipuan lebih kurang cam tu la.
papa ckp dia pun heran camana supplier tu boleh menjual produk yg ditanda Halal tapi sebenarnya x Halal.
Nasib baik cepat sedar..kalu x..papa ckp x larat nk tanggung dosa2 yg x nampak tuh..walaupun produk keluaran syarikatnya hanyalah untuk pasaran eksport & hotel2 sahaja, tapi perasaan bersalah tetap ada.

Kata papa lagi, mengikut kata JAIS terdapat beberapa restoran lagi yang perlu di"samak" kerana menggunakan bahan/ramuan yang sama terutamanya bagi produk roti & sosej..

Maknanya Isu ini mmg benar cuma restoran mana x dapat dipastikan. Apapun setalah JAIS wat operasi gerak gempur ni..rasanya sume Pemilik Restoran dah buka mata & menyiasat perkara ni.
So..lepas ni x harap2 x timbul lagi isu camni..almaklum lah makanan ni kan jadi darah daging kita..
Bagi Mummy bila Restoran tu dah ada Logo Halal dan kita pun Yakin, InsyaAllah x de ape2 la kot.
tak pun masak je kat umah..x payah makan kedai!!

Ya Allah kami hanya bertawakkal padamu...Moga dijauhkan segala bencana.
"Mencari Yang Halal itu Fardhu"

Hanya sekadar luahan & perkongsian.

Selasa, 24 Mei 2011

KFC Haram dimakan...

Salam semua..artikel ni mummy amik kat FB untuk tatapan blogger sume..

KFC - Haram dimakan..artikle ni amik dari JAKIM..i pun baru surf hari ni..

by Siti Harliyana on Thursday, May 19, 2011 at 11:56am
Saya ada menerima emel dibawah ini. Saya ingin mendapat kepastian daripada pihak tuan. Sekian terima kasih


KFC - Haram dimakan...


Persoalannya sekarang bukan ini sahaja (fizikal) yang menentukan halal atau haram sesuatu makanan itu diperbuat contohnya daging babi...sememangnya haram. Persoalannya ialah cara penyediaan sesuatu makanan itu dibuat.

Saya ambil satu contoh, semasa saya menghadiri satu kuliah ilmu, Ustaz Daud Che Ngah ada menceritakan Kes KFC. Begini ceritanya:

Pihak KFC bercadang hendak memberi makanan percuma berupakan ayam goreng KFC kepada jemaah haji Malaysia yang sedang menunggu giliran sebelum untuk diangkut dari Kelana Jaya ke Subang/KLIA. Maka Boss Ustaz Daud menyuruh beliau menyiasat cara penyediaan ayam itu dibuat dan memberikan laporan kepadanya sama ada boleh atau tidak mengikut syarak.

Pusat Penyembelihan ayam KFC dibuka dan ia dimulakan seawal jam 6.00 pagi. Ustaz Daud mengambil keputusan untuk sembahyang Subuh berdekatan dengan pusat tersebut. Selesai solat subuh kedengaran siren dibunyikan menanda pekerja KFC mesti memulakan tugas memyembelih ayam. Para pekerja yang duduk berhampiran dengan pusat penyembelihan/ hostel muda-muda terus memakai pakaian seragam mereka dan terus membuat kerja. Satu persatu ayam digantung dengan kaki keatas dan sayap dikepit. Ayam dipotong dan seterusnya dijatuhkan dalam air suam.

Dalam laporan Ustaz Daud Che Ngah kepada Bossnya beliau mengatakan KFC tidak boleh dimakan dan dihidangkan kepada jemaah haji kerana:
a. Sewaktu sembahyang subuh, tiada seorang pun tukang sembelih yang menunaikan solat subuh
b. Ayam yang disembelih tidak mati/dibiarkan bebas tetapi terus dijatuhkan dalam air panas/letrik
c. Ayam tersebut berada dalam keadaan terseksa dengan kedua kaki (yang terbalik) kepak terikat.

Oleh yang demikian maka Ayam tersebut tidak boleh dimakan. Oleh kerana ianya telah disahkan oleh JAKIM maka dosa itu depa yang tanggung. Kita cuma perlu berhenti memakan KFC.

Saya sejak dengar tempoh hari tidak makan KFC Insyallah dan wallahualam.

Assalamualaikum wbk.

Ini cerita pengalaman seorang hamba Allah di kampung aku la. Recently seorang hamba Allah di kampung aku ni dapat offer masuk KFC/Pizza Hut management trainee. Lepas buat medical checkup, etc, maka berangkatlah dia ke KFC training center kat Kelana Jaya. Khabarnya dia diberi penginapan kat Sentul. So tiap2 hari kenalah dia berulang ke Kelana Jaya untuk training session dia. Sepanjang waktu latihan, beliau diberi subsidi makan dan uniform serta penginapan percuma. Selepas beberapa bulan, satu hari dia ke kilang para pelanggan KFC. Di kilang inilah dia tengok sesuatu yang meragukan.

Diperhatikannya ayam2 tu disembelih oleh tiga orang penyembelih dan dua daripadanya ialah perempan. Perempuan sembelih ayam? mmm...macamana tu?.

Kemudian diperhatikannya pula ayam2 (dari kotak tetapi ada seekor dua yang tak bergerak langsung dan tak nampak aktif. Maka ditanya pada orang yang menggantung ayam tentang ayam2 tersebut. Pekerja tu memberitahu bahawa adakalanya ayam2 itu mati dalam perjalanan kerana kesejukan sewaktu perjalanan waktu malam atau keadaan sesak di dalam kotak plastik itu sendiri. Sudah Mati, ianya masih digantung untuk masuk ke ruang penyembelihan. Ayam yang sudah mati disembelih? Bangkai? Disembelih? Halal? Sekali lagi, hmmm....macamana tu?

Akibat daripada timbulnya rasa was2 yang berat, hamba Allah ini telah mengambil keputusan untuk berhenti menjalani latihan dan sekaligus menamatkan perkhidmatannya dengan KFC. Maka pulanglah hamba Allah kita dapat tengok anggota yang menjadi ahli dalam menguruskan soal halalnya makanan yang dijual dan bagaimana badan ini memastikan semua hidangan di KFC dan Pizza jikalau cerita hamba Allah ni salah.
Kalau betul, maknanya tanda ditanggung halal di premis KFC dan Pizza Hut boleh dianggap palsu dan hanya untuk menarik pelanggan beragama Islam

Ada seorang ustaz menceritakan bahawa seorang saudaranya dapat kerja sebagai penyembelih diKFC. Tak sampai seminggu dia resign kerana tak sanggup menanggung dosa bagi orang makan bangkai. Ayam yang terikat seperti diatas berpusing boleh tahan lajunya ( kerana nak sembelih banyak ) dia hanya sempat sebut " bis " saja untuk setiap ekor yg disembelih, lepas tu rendam, matilah ayam tu dalam kelemasan.

**Setiap apa yg kita makan akan menjadi darah daging, sepotong hadis nabi menyebut, mafhumnya, " setiap daging dari sumber yg haram akan menjadi makanan api neraka " .

MAKA BERHATI - HATILAH DGN APA YG KITA MAKAN SEMOGA KITA TERSELAMAT
DARI API NERAKA YG MAHA DAHSYAT.

Wassalam.
"Janganlah engkau menjadi lemah daripada seekor ayam jantan, ia telah berkokok pada waktu pagi hari, sedangkan engkau pada ketika itu masih terbaring di atas katilmu."

P/S : Hanya disampaikan untuk tatapan semua. Sejauh mana kesahihan nya?? harap2 ada pihak yang sudi tampil dan Sahkan perkara ni..