CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

U klik ME I klik U

Memaparkan catatan dengan label Raya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Raya. Papar semua catatan

Jumaat, 4 November 2011

Selamat Menyambut Aidiladha

Assalamualaikum
Buat Sahabat Blog semua, Selamat Menyambut Aidiladha dan selamat mengerjakan ibadah korban.
Macam tahun sebelum ni jugak, mummy x balik kg untuk raya haji
Beraya kat P.Alam jer...bukan kerana x nak balik tapi
asal raya haji jer..banyak halangan untuk balik kg, halangan paling besar adalah CUTI.
iye lah dh namanya akhir tahun cuti tahun pun dh habis
en.Hubby plak terikat ngan company audit
so x leh amek cuti
So kalu nk balik stakat 2-3 hari mmg penat sbb mummy +papa aleesya org klate, perjalanan agak jauh (memakan masa 6-7 jam perjalanan), tambahan pula baru minggu lepas dtg dr kg.
Alhamdulillah my Mum mengerti keadaan kami sekuarga, my MIL pulak akan datang beraya bersama kami disini pada hari raya ke-3 nanti.

Tahun ni kat kg, my Sista n Hubby dia akan wat ibadah korban.
so total ada 2 bahagian korban...my mom plan nk wat kenduri tahlil utk arwah abah.
Terbayang2 sup gear box, daging bakar + perut rebus cecah air asam..kecur air liur.
dah lama x merasa semua itu...



picture credit to pakcik google!!

korang nampak tak tu...huhuhu ni my fav food tau n biasanya perut lembu muda tu senang dpt time raya haji jer..time lain mmg susah sgt2 nk jumpa.

okeylah..
ape pun SELAMAT HARI RAYA KORBAN dan pada mereka yg balik kg tu hati2 di jln raya, jgn pandu laju maklumlah skang ni musim hujan so biar lambat asal selamat ye.

BYE

Isnin, 12 September 2011

Aidilfitri 2011

Aidilfitri 2011 ni x bnyak gambar kenangan coz kamera mummy rosak.
semua gambar yg ada pun taken by Henpon jer..
yg mana taken by sedara mara kamera kena tgu next time jumpa br bleh amik.
sedey kan..
xpe la yg pentingnya, raya tahun ni kami ber gumbira sekuarga n ngan sedara mara sume
malam raya tu lepas takbir raya..kami sebok duk main mercun
hehehe TQ to Ayah Mat aleesya yg spondor mercun + bunga api ye
next year sila lah sponsor lagi


mummy... icha nak pop pop jer....


pop dah abesss main bunga api la


serius nya main...
1st day raya kat umah Tok Ma aleesya & melawat sume sedara mara belah tok ma & arwah Tok Bah. Ptg Raya, 1st time bawak aleesya g menziarahi kubur arwah Tok Bah , sayu rasa hati..genap setahun pemergian arwah..raya pun terasa kekurangan nya..
tema baju raya kami utk aidilfitri 2011
 
kat umah aunty Gee yg ngan peknen 5 bln

2nd day raya, ptg kami dh bertolak ke rumah nenek aleesya pulak (rumah MIL)
Kat Kelantan ni bila raya jer..1 masalah besarnya ialah "Jammed"
Dari umah mummy kat Rantau Panjang ke umah my hubby Kuala Krai yg sepatutnya 45 minit jer perjalanan, tapi bila musim raya kami terpaksa meredah hampir 3 jam baru sampai..dah le ujan lebat selebat lebatnya.
sampai sana, dh le nk kena naik feri lagi..finally kami sume basah terkena tempias hujan
seb baik x demam si budak tembam tuh..

sume adik beradik hubby pakat berkumpul at 2day raya
so..mmg full house lerrr
meriah giler...tambahan lg kami ada family baru yg selamat dilahirkan 2 hari sblm raya
a baby boy yg sgt kecik beratnya cuma 2.35kg (huhuhu kesian dia tpaksa duk spital sbb kuningnya tinggi sgt)
aleesya yg paling enjoy, coz sume sebok nak main ngan dia..cian Haikal, sepupu dia yg sebaya xde yg melayan...kerana sepupu aleesya ni jenis sukakan budak pompuan jer..budak laki bo.. layan...adessss.
pictha???
nanti next entry ye...

bye

Jumaat, 26 Ogos 2011

Entry terakhir...sblm balik raya

Dear semua..
mummy dh siap packing
dah siap masuk bonet keta pun
huhuhu x sangka wpon kami cuma ber3..opppss ber4 dengan adikku
tapi bonet penuhhhhhhhhh
apakah ini tandanya...kena tukar kereta kpd MPV
hahahaha...berangan lerrr ank baru 1..
harap2 xde yg tertinggal..
haru jugak kalo tetiba tertinggal..lagi2 baju raya anak..
okeylah
doakan kami selamat sampai ye
selamat balik kampung ssemua
sampai jumpa lg selepas raya
mmmuahh!!

Hati2 di Jalan Raya, Rancang Perjalanan anda



Kepada semua kawan2 yg akan balik kampung x kiralah hari ni ke..esok ke..
Rancang perjalanan dengan baik
pastikan driver mempunyai rehat yang cukup
jangan stress2, pandu dengan berhati2
Semoga Selamat Sampai ke destinasi dituju.

Kami sekeluarga akan bertolak balik kampung malam nanti.
Doakan kami selamat balik kg dan selamat kembali
Semoga kalian bergembira di hari raya, jangan membazir ye!
Ingatan untuk diri sendiri jugak ni..

So..bermula mlm ni, mummy akan cuti berblogging selama 10 hari
kerana kat kg xde line tenet ye..harap maklum!
hehehe see u all after raya!

With Love from
aleesya , Mummy & Family

Khamis, 25 Ogos 2011

Selamat Menyambut Aidilfitri


Untuk semua kawan2 blogger tersayang
Selamat Menyambut Aidilfitri,
Maaf kupinta andainya sepanjang berblogging ni ada tersalah kata, terkasar bahasa,
atau pun menyinggung perasaan mana2 pihak secara sengaja atau tak sengaja
Semoga Ramadhan ini memberi seribu manfaat buat kita semua
dan
Aidilfitri memberi jutaan kebahagiaan.
SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR & BATIN

Ikhlas dari
Mummy & Keluarga

P/S : Sekiranya ada sesiapa yg berdekatan dengan kg Mummy di jemput hadir kerumah utk beraya bersama.
Raya 1 & 2, Mummy akan berda di Rantau Panjang, Kelantan
Raya 2 Mlm dan seterusnya mummy berada di Kuala Krai, Kelantan.
Calling2 lah kalu nk dtg ye...017-9818836

Isnin, 15 Ogos 2011

Bila lagu raya mula berkumandang di Radio

Hari ni dah 15 hari umat islam berpuasa
Alhamdulillah, dikurniakan badan yang sihat dan mummy masih meneruskan puasa tanpa sebarang masalah.
tapi harap2 "bendera merah" itu dtg cepat2 ye..mummy x mo miss Sembahyang Raya..hehehe
korang camana? dah tinggal pose ke?

hari ni dh start dgr lagu raya kat radio..
bila dengar lagu raya terasa sayu hati..dah hampir setahun arwah abah meninggalkan kami.
Tahun lepas, 1 September 2010 arawah telah kembali keRahmatullah.
Tahun ni, 1 September 2011, Umat Islam akan meraikan Aidilfitri (Raya ke-3)
Ya, Allah Kau tempatkan Arwah dikalangan Mereka Yg Beriman dan Bertakwa kepadaMu
Betapa kuat kami adik beradik merindui arwah, aku percaya Ma lebih lagi..sepanjang 31 tahun perkongsian hidup sebagai suami isteri, menempuhi segala susah senang bersama...x mungkin dapat dilupakan!!

Apa pun aku harap, raya tahun ini akan lebih bermakna dari tahun sebelumnya.
Tahun ni jugak turn beraya kat kg mummy
Raya ke-2 baru balik rumah MIL
Menu wajib setiap kali raya...ketupat sotong & tapai daun getah (aduss sedih lagi coz itu feveret arwah)
dah..x mau sedih2..ingat lagi pesan arwah sebelum menutup mata,
Jangan tangisi pemergian nya, Redha dan hadiahkanlah walau sepatah bacaan ayat2 suci untuk kebahagiaanya di SANA...Insyaallah Abah, setiap kali selepas Sembahyang, Kakak akan hadiahkan bacaan ayat2 suci untuk Abah.

Macamana persiapan raya korang?
Mummy dah 90% settle...yg x settle lagi
Sandal Raya Papa
Kasut raya Mummy
Biskut Raya
x sabar nak tengok aleesya berbaju kurung, 1st time tau tahun ni..
okey lah itu jer nk citer2 pasal raya
hahahhaa xcited giler kan..baru dgr lagu raya, blom lg azan raya.
lalalalalala

p/s: lagu faveret mummy ...Pulanglah..nyanyian Aishah.

okey..Selemat membuat persiapan Raya ye



Khamis, 11 Ogos 2011

Mommy..aleesya sakit!

Salam Ramadhan semua
sedar tak sedar dh hari ke-11 kita berpusa kan
lepas ni Raya yang dinanti akan menjelma!
kawan2 dh plann ke tahun ni nk beraya kat kg sendiri ke umah MERTUA??
hahaha bila raya menjelma sikit sebanyak perkara ini akan menjadi isu.
Mummy pon sama ekekeke wpon satu negeri tapi kami berlainan Daerah (padahal 1 jam je perjalanan).
Mummy biasanya akn cuba bersikap adil kalo coti 8 hari maknanya 4-4 lah..
tapi kdg2 bila dh masa nk balik umah MIL tu cam berat jerk hati nih..hehehe bukan ape x puas bermanja ngan mak sendiri lagi..xpuas makan makanan feveret yg sgt panjang kalo di list kan
(mummy tinggal kt Rantau Panjang Kelantan, so pengaruh makanan Thailand sgt kuat....& i loike it)
x baek kan mummy nih..
bukan ape kat umah MIL tuh x ramai org, x de tmpat nk lepak2 utk mkn2 coz tmpat itu sgtlah KG
nak g sana pon mummy kena naik "Kapal" kira cam pulau gak la.
tapi Udara dia mmg Fresh, air bukit yg sejuk giler mmg mendamaikan hati!
tapi iye lah kalo sehari dua boleh lah..kalo dh berhari2 mummy akan "beku" kt situ...:-)

okey back to story pasal aleesya sakit
semalam mummy x keje tau...papa pon sama, kami amik EL sebab nk jaga my little aleesya yg sakit tetiba.
actually hari selasa 9.8.2011, pukul 2.55pm, mummy dapat call dari pengasuh aleesya, tok Wan.
Tok Wan kata aleesya muntah2 x berenti..kuar warna putih2 cam tauhu jerr..pastu xmo susu, xmo makan, minum air masak jer..mummy terus SENTAP!!
iye la hati ibu mana x sentap mendengarkan anaknya sakit kan.
Bila dengar camtu mummy terus suh Tok Wan bawak aleesya g klinik.
dh ltk tpon, mummy pikir lg..kesian aleesya mesti dia nangis smbil ckp ..Mi..cakit..coz biasanya kalo sakit dia mmg akan cakap..
aku terus call balik Tok Wan aleesya ckp, xpyh bawak klinik, saya balik sekarang!
aku terus kuar opis dh 1/2 way br teringat aku lupa inform my superior..inform kat receptionist depan jer..hehehe, terus call bgtau situation baby, sib baik dia mmg jenis memahami.
Mummy bawak keta cam F1, sambil call papa bgtau psl aleesya.
20 minit jer drive, padahal kalo ikutkan dgn jarak 36KM tambahan mummy kena lalui 10 trafik light utk ke rumah tau..mcm x caya plak.
Sampai umah pengasuh papa dh ada sana, terus bw g klinik n doctor bagi ubat tahan muntah.
(ubat bontot coz doc ckp kalo masuk ikut mulut mmg dia akn muntah lagi)
Lps tu mummy suh papa drive ke McD beli bubur utk aleesya...mmg habis semangkuk kecik tuh aleesya mkn..betapa laparnya dia, dh x bertenaga, asyik nk peluk mummy je..mulut asyik ckp cakit..cakit..
Ya Allah..gugur air mata mummy melihat aleesya merintih sakit.
Malam dia still muntah2, tp dh kurang...
Skang Alhamdulillah..dh x muntah2 lagi, dh boleh berlari2 main kejar2 kt Jusco dah..
pssstt : smlm g shopping baju raya papa.



buah hati mummy & papa

korang sume dh settle ke persiapan raya?

Selasa, 23 November 2010

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Salam raya sume...

Raya yang agak bosan coz x balik kampung....I miss kampung (actually really miss my mom).
1st day beraya tanpa abah tersayang yang telah kembali kerahmatullah pada 1 September lepas. walaupun dah beberapa bulan namun kesedihan masih menyelubungi kerana biasanya setiap kali raya, abah la yang paling sibuk dengan ibadah korban ni. Pada tahun ni, aku turut menunaikan ibadah korban (Akikah untuk Aleesya) 1 bahagian. Nothing special...tapi oleh kerana RAYA so aku masakla sket utk jamuan jiran tetangga yang datang bertandang dipagi raya...hihihi first time masak laksa & laksam kelantan, nasi himpit+kuah kacang & Puding caremel..hasilnya...

taste boleh la, hehehe comment dr jiran2 la. Dalam berperang ngan aleesya sempat la jugak masak juadah ni di pagi Aidiladha...anyway Selamat Hari Raya Korban.
Di pagi Raya