CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

U klik ME I klik U

Jumaat, 6 Mei 2011

Tahniah adikku...

Sekalung tahniah untuk adikku Nur Hasnira..
baru je semak result kemasukan IPTA, alhamdulillah dapat tawaran Asasi UITM.
Asasi untuk bidang Kejuruteraan...walaupun x dapat medic seperti yang dia nak tapi kira bersyukur jugak la.
Actually kejuruteraan ni minat kedua dia selain medic...tapi x tau la kalau boleh tukar kos ye..
ada kawan2 yg keje kat UITM tu..tahu x pasal tukar kos ni?
ape pun sekalung tahniah, moga terus berusaha untuk masa depan.

p/s: kalau dapat UITM Puncak Alam lagi best, dekat ngan rumah...hehehe


Cik Nur with aleesya n ayah cik



Khamis, 5 Mei 2011

Selamat Hari Ibu...Ma I love U!!

Happy mothers Day kepada semua ibu-ibu!

Semua yang telah bergelar ibu pasti telah merasakan susah senangnya membesar dan mendidik setiap anak kan. Walaupun aku baru ada seorang anak, aku tetap bersyukur kepada Allah kerana masih diberi peluang untuk merasai susah senang melahirkan dan seterusnya membesarkan anak.
Bila dah ada anak ni, barulah aku faham dan mengerti besarnya pengorbanan seorang wanita bernama ibu.
Menanggung kesakitan di saat melahirkan, menyusukan anak dengan penuh kasih sayang, rela berjaga siang dan malam bila anak sakit, tak pernah mengizinkan walau seekor nyamuk pun hinggap kat badan anak, begitulah kasihnya seorang ibu.
Kepada ibuku, Puan Nalma bt Abdul Rahman, terima kasih kerana melahirkan, mendidik dan membesarkan aku hingga aku berjaya dan punyai keluarga sendiri. Segala jasa dan pengorbananmu akan ku kenang hingga ke akhir hayatku...Insyaallah.
Syukur kepada Allah kerana memberi peluang kepadaku untuk merasai nikmat kasih sayang seorang ibu dan memberi peluang untukku menyayangi dan memberi kebahagiaan kepada ibuku hingga hari ini dan jika diizinkanNya hingga ke akhir hayatku. Syukur juga kerana memberiku adik beradik yang amat menyayangi dan sentiasa menjaga hati ibuku.
Alhamdulillah walaupun keluarga kami tidak kaya harta, tapi kasih sayang yang terbina melebihi segunung intan dan berlian...adik2 ku semua terima kasih kerana sentiasa menjadikan Hari Ibu sebagai hari yang istimewa setiap tahun, walaupun tanpa kehadiranku di majlis itu, namun aku pasti Ma tahu bahawa doaku sentiasa bersamanya.


P/s: kawan2 dah plan ke hadiah untuk ibu sempena hari ibu nanti?

Labour day Holiday at Zoo Negara

Korang ke mana masa cuti hari pekerja????
Mummy bawak aleesya jenjalan at Zoo Negara...dah lama benar tak ke Zoo, last pun masa zaman cintan cintun ngan papa aleesya almost 4-5 years ago..lama kan. Sebab tu le bila sampai, terkejut beruk jugak le tengok harga tiket..RM20 untuk dewasa (excluded butterfly park). Mak ai..nak tengok binatang pun kemain mahal harganya..hehehe tapi kalu x g tengok risau pulak kang adanya anak yg xleh nak bezakan antara kerbau dan lembu..hehehe takpe la it's for my daughter first learning abaout animal...kata papanya le..

Walaupun aleesya baru umur 10 bulan, tapi boleh nampak keterujaannya bila melihat setiap binatang.
Paling dia suka tengok flamingo birds yg duk terbang pastu landing kat tasik..hehehe x kelip mata nengok tu.
okey mummy sempat snap beberapa pictha saje becoz kami kesana pun dah almost 2.30pm, itu pun kena jalan laju2 kat zoo coz hari dah gelap nak hujan..jom layan pict anak dara ku ngan animals..


Okey before g Zoo kita lunchie dulu..McD jew..
aleesya : Order Please....


ok kita dah sampai..hehehe muka bangun tido


yeah..aleesya pergi Zoo Negara


see...elephant, papa said


ok..now giraffe


aleesya sangat teruja tengok burung flaminggo ni, mmg x kelip
matanya duk tengok jerr..


mummy..aleesya x mo bird ni..nk bird yg tadi..
 
ini dear...ehh silap deer..
aleesya x suka..busuk kat sini..


mummy & ICha


ini badak air..hyppo..black hyppo


we are happy family


okey la sume..icha dah nk balik
bye...bye..
after Zoo, kami ke rumah my aunty kat Balai Polis Sg.Besi, melawat my aunty yg baru melahirkan seorang baby boy yang dinamakan Adam, sangat comel baby tu...tapi mummy geram kat aunty...mummy mmg dah reserved nama adam tu for my baby boy (bila dapat nanti ler..hehehe), so nampaknya kena pikir nama lain la pulak...opppsss aleesya dah nak adik ke????? 

Selasa, 3 Mei 2011

Kembali...

dah naik bersawang belog mummy ni...lama bebenor x berentry...mummy terpaksa balik kampung Selasa lepas sebab ada kematian sedara...alang2 balik tuh..mummy sambung terus je la ngan Labour Day punye cuti...almost 1 week jugak kat kg...puas hati tok ma boleh main2 ngan cucu tunggal dia ni lama2....jom layan gambar sewaktu kat kg...


aleesya with Cik Chik


aleesya with Cik Nor & Ayah Cik


Daniel..my cousin son


Tok ma with Cik siti

Al-Fatihah untuk arwah PakCik Had...semoga roh nya dicucuri rahmat..amin.