kesian anak mummy asyik menangis kerana x selesa untuk bernafas ditambah ngan sakit kerongkong yg disebabkan oleh batuk...sampai suara pun dah serak..Ya Allah sembuhkan lah segala penyakit anakku.
dah bnyak klinik aku g tp ubt2an mcm dh x berkesan tambahan lg aleesya br umur 7 bulan so the medicina also limited...sob..sob..mmg sedey sgt tengok dia nangis. ada jugak search petua2 org lama utk hilangkan batuk & selsema ni tp xtau arrr keberkesanan nya..Insyaallah hari ni nk cuba. kat sini mummy nk share beberapa petua yg dijumpai..mungkin akan berguna buat panduan kengkawan nanti.
1- tumbuk kunyit hidup pastu campurkan ngan minyak masak..lumurkan kat dada baby...
2- campurkan sikit madu ngan air suam pastu bg bb minum...(tp madu bleh ke bg bb makan..bukan ke madu tuh panas???)
3. Petua gunakan kapur sirih dengan kunyit – Ambil kunyit hidup dan di gesekkan dengan kapur makan. Sapu pada sepanjang batang hidung bayi .
4.Gunakan madu- Madu mengeringkan kahak. Campurkan madu pada susu bayi atau beri mereka minum madu sedikit setiap hari.
5.Petua menggunakan daun sirih-Ambil beberapa helai daun sirih ( kalau di pekan, kedai India selalu ada di jual ) , ramas atau tekan-tekan dengan tangan dan ambil lendirnya. Sapu lendir sirih tersebut pada sepanjang batang hidung bayi.
6. Anak yang sihat menjadi idaman setiap ibu bapa. Jika anak anda mengalami batuk berkahak dan selsema, pasti anda tidak dapat tidur lena. Amalkan petua ini. Ramaskan daun kaduk yang dicampur sedikit kapur sirih dan air. Kemudian, lumurkannya di atas dada dan perut bayi anda. Kahak tersebut akan keluar bersama najisnya.

hmmm ini beberapa petua yg di google oleh mummy..insyaallah nk try petua yg no 6 tuh..daun kaduk + kapur,...harap2 batuk aleesya akan cepat hilang.
P/s : kengkawan ada petua lain x???