CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

U klik ME I klik U

Khamis, 23 Disember 2010

SeLaMaT PenGantIn BaRu SyiKin & kHaIrUL...

SeLaMaT pEnGanTiN bArU...18.12.2010

hmmm semoga kekal bahagia hingga ke anak cucu. Ini Wedding anak Bongsu makde yang duk Kat Paloh 2, gua MusAng...
actually, kami bertolak dari P.Alam pada pagi2 hari Jumaat. Singgah amik nenek kat Balai Polis Sg.Besi (umah my aunty). Sampai kat Gua Musang singgah berehat di Bandar Gua Musang sejam dua br gerak ke rumah pengantin di RKT Paloh 2. sesampainye kat sana...aunty & uncle aLeesYa sume setia menunggu kat depan umah...huhuhu actually aku dah janji ngan mereka akan bertolak awal pg & tengahari musti akan sampai di rumah pengantin, tetapi akibat banyak singgah menyinggah kol 6pm baru sampai hehehehe...soRRy UoLs!

Anyway...majlis tetap meriah walaupon dalam hujan lebat, ditambah dengan persembahan silat serta DJ yang menghiburkan. Mummy juga terpaksa jadi tukang masak lauk pengantin manakala Papa terpaksa jadi tukang jaga air & lauk sepenuh masa (cian Papa penat giler sampai x sempat nak snap pict pun). Tok ma plak jadi tukang masak manakala adikku yang super hawttt kena jadi pengapit pengantin..pendek kata satu family terpaksa involve sepenuhnya....(bidan terjun) walaupon kepenatan, namun kemeriahan berkumpul bersama sanak saudara mengatasi segalanya...aLeesya mcm biasa le..jadik rebutan sume makcik2 & pakcik2 yang kukenali & tidak kenali cian aleesya penat giler melayan sume org sampai x cukup tido...bila reach je KL tido sampai time susu pon kena kejut...BEST sgt! inilah Year End Closing Wedding 2010. Next...2011 adalah tahun yg paling banyak wedding invitation yg perlu dipenuhi...
bermula 010111 wedding Kak Marina (Colleague) kt Mempaga, Bentong
 050211 wedding Along (Cousin), kt Kuantan
 050311 wedding Kak ira (colleague), kat Perak
120311 wedding Shima (colleague) kat Perak & etiey (cousin) kat Kelantan
010511 wedding kat kelantan
June 11 wedding adik ipar kat kelantan (tarikh blom ditetapkan)
Fuhhhh....1/2 tahun dah siap kena book utk wedding invitation. Banyak baju terpaksa tempah gara2 wujudnya tema bagi setiap wedding. ape pon, aku doakan agar sume nya berjalan sebagaimana yang dirancang.

Picha's all the day of the wedding...enjoy!!


Mummy wif hawty sis..acik

aleesya wif nice dress

aleesya's aunty & uncle

rimas...sume asyik nk pegang aleesya je

aleesya wif tok ma

at nite after wedd funct...so tired

really tired...
 p/s: teringat masa time weddingku dulu...hehehe bestnye menjadi Raja Sehari.



Rabu, 8 Disember 2010

SeLaMat TaHuN BaRu HiJrAh...

Selamat menyambut tahun baru hijrah...

Ape azam tahun baru kawan2 sume? Azam saya...nak menjadi seorang Mummy yang baik & bertanggungjawab, isteri solehah & terbaik untuk family. Juga berazam untuk buat SESUATU yang bermakna dalam hidup (ape bendanya tunggu & lihat)...

Sempena cuti awal muharam...bawa aLeesYa kuar jenjalan & g beli barang keperluan kat Tesco Shah Alam. hmmm try to suit aLeesYa in her new bAby Sling Carrier...mula2 dia cam takut2 jer..pastu dah seronok. Yang pastinya bukan Mummy yang carry..tapi PaPa coz aLeesYa berat sgt la cayang..x larat mummy nak carry awak...hehehe.
Suka tengok aLeesYa dalam carrier ni...so cute...Mummy love this pictha actually...hihihi. Love u mmmuahh!!

Isnin, 6 Disember 2010

aLeesYa dah 5 bUlaN...

Sekejap je masa berlalu...
pejam celik pejam celik, aLeeSya dah pun berumur 5 bulan. Hmmm pada umur ini aLeeSya teramatlah lasak terutama time tido..hehehe buas betul la ikut sapa ni??? Bila tido kena make sure bantal sume disekeliling dia sebagai penghadang jika tak.....ada yang akan jatuh t. Pada umur ini juga aLeesYa dah pandai mengengam objek, meniarap, menelentang, mendongakkan kepala, menggigit sume benda yang dipegang dan paling best bila panggil nama dia dia akan pandang sambil tersenyum...owwwhhh so cute...! AleesYa juga dah kurang menangis, ayik nak main je (kena make sure sume mainan dia bersih coz dia akan gigit sume mainan dia). Pada hari ni jugak,berat aLeesYa dah 8kg dengan panjang 63.5cm . Patut arrr dia minum susu 650gm seminggu...ish2 anak mummy ni.

Susu pilihan untuk aleesya hingga sekarang

Happy dengan perkembangan yang memberangsangkan ini. Semoga anak Mummy akan terus membesar dengan Cergas & Cerdas. Love U mmmmmuahhh!!!


Ahad, 5 Disember 2010

DalaM kEnAnGaN...

05 December...adalah tarikh yang sentiasa dihati keluargaku. Pada tarikh ini, setiap tahun kami adik beradik tak pernah lupa untuk meraikan atau mengirim ucapan "Selamat Hari Lahir" untuk ayahanda tercinta. Tapi kini..bermula pada hari ini...kami tidak mampu lagi untuk meraikannya, DIA lebih menyayangimu. Walaupun dirimu sudah tiada lagi di dunia ini, namun percayalah dirimu takkan hilang dari hati Ma  dan anak2 selama-lamanya. Abah, kami sentiasa mendoakan agar segala dosa2mu diampunkan Allah dan mendapat tempat bersama2 mereka yang beriman dan bertakwa kepadaNya. Al-Fatihah buat arwah abah. Aminnnn.


Abah sentiasa di hati kami, we LoVe U

Sabtu, 4 Disember 2010

aLeesYa dEmaM...+ diGanGgU oLeH JiN...

Minggu yang memenatkan...

aL-kisahnya, balik keje pada khamis lepas, badan aLeesYa panas semacam je...so terus bagi dia ubat demam la. Esoknya demam x baik2 lg..so amik EL jaga dia kat umah. Sabtu, demam dia x kebah2 juga so bawa g jumpa Doctor, suhu badan masa tu 37.2 c, doc cakap x tinggi sangat then kami dibekalkan dengan antibiotik dan ubat demam. a few hours lepas makan ubat yang dibekalkan badan aleesya macam timbul ruam2 merah cam campak. Aku dah risau, ada 3 kemungkinan dalam hatiku, samada Campak, Denggi/Malaria atau Allergic. Tanpa buang masa, hari ahad pagi terus bawa aLeesYa gi Hospital buat details check-up. Doctor amik darah untuk buat ujian...sayu hatiku melihat dia menangis kesakitan masa nurse amik darah dia, tanpa disedari aku turut nangis sama, sampai doctor plak yang tenangkan aku. berdebar tunggu result darah, lepas 1/2jam...doctor bgtau sume ok, cuma dia bekalkan antibiotik baru & suruh buang yang klinik bagi punye...mungkin x serasi ngan aLeesYa kot. balik umah, aLeesYa cam dah cool down lah.. So aku pikir dah kebah agaknya demam dia.
TAPI....malam dia start buat hal..nangis...nangis..nangis..non stop. Susu x nak langsung, bertambah2 lg kerisauan ku, dalam hati dah mula memikirkan benda2 lain. iye la badan dia pon dah x panas, maknanya demam dah baik la. selepas 8pm aleesya tertido dah..penat nangis agaknya. dalam kol 12 mlm dia kembali start nangis...kali ni sampai ke Subuh dia hanya akan diam sekejap2 je, itu pon hanya mummy je bleh peluk. ngan papa langsung x mao...memang semalaman kali x tido. bila dah kol 5.30am dia still nangis aku bgtau hubby, nak bawa anak jumpa ustaz lah. tapi itu la, x tau kat ne nak pergi??? kalu kat Kg senang la plak. then Jiran cadangkan Pusat Rawatan Islam Darul Hasanah. Lepas sembahyang subuh, kol 6.00am hubby terus g kat pusat tu, Malangnya ia dibuka pukul 10.am - 6pm sahaja. tapi kami berusaha mencari rumah pengamal perubatan itu, akhirnya jumpa.
Pada sesi berubat, Aleesya berada kat pangkuan Abg (lupa nak tanya nama pengamal perubatan tu, sebab nampak muda kami panggil abang je..hihihi), sejurus abg tu pegang ubun2 dia terus dia nangis2..then terus abg tu tanya ada bawa anak g mana? Seingat aku x kemana kecuali rumah cousin ku. Menurut katanya, anakku dikacau oleh Jin, yang kemudian menumpangi kat atas lehernya. Sebab tu dia asyik nangis sampai x mau susu. Katanya lagi anak2 kecil macam ni mmg boleh nampak sume makhluk halus, jadi jgn berada diluar rumah pada waktu senja. So dia mula membaca ayat2 al-Quran dan membekalkan 3 botol air penawar. 1 untuk pagari rumah dari gangguan2 anasir jahat Iblis, Syaitan & Jin. lagi dua untuk buat susu aleesya (minum).
Setelah habis berubat, balik rumah hubbyku terus buat sebagaimana diarahkan abg tersebut untuk pagari rumah. lepas tu baru la aku & aleesya bleh masuk umah. aLeesya dah x nangis sgt lepas tu. cuma nangis merengek2 sebab mengantuk & penat. selepas dah lap badan dan bg susu dia terus tido seharian, bangun kejap2 je utk minum susu. Kemudian, aku sedari ada satu masalah baru..dia mengalami kembung perut kerana terlalu lama menangis. Ya Allah...satu demi satu dugaan untukku..jiranku mencadangkan Gripe Water untuk melegakan kembung, alhamdulillah berkesan. Ya Allah inilah antara dugaan dari Nya untuk membesarkan anak. semoga Allah mempermudahkan segala urusanku dalam membesarkan anakku ini. Amin...

Selasa, 23 November 2010

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Salam raya sume...

Raya yang agak bosan coz x balik kampung....I miss kampung (actually really miss my mom).
1st day beraya tanpa abah tersayang yang telah kembali kerahmatullah pada 1 September lepas. walaupun dah beberapa bulan namun kesedihan masih menyelubungi kerana biasanya setiap kali raya, abah la yang paling sibuk dengan ibadah korban ni. Pada tahun ni, aku turut menunaikan ibadah korban (Akikah untuk Aleesya) 1 bahagian. Nothing special...tapi oleh kerana RAYA so aku masakla sket utk jamuan jiran tetangga yang datang bertandang dipagi raya...hihihi first time masak laksa & laksam kelantan, nasi himpit+kuah kacang & Puding caremel..hasilnya...

taste boleh la, hehehe comment dr jiran2 la. Dalam berperang ngan aleesya sempat la jugak masak juadah ni di pagi Aidiladha...anyway Selamat Hari Raya Korban.
Di pagi Raya

Selasa, 16 November 2010

9 MoNthS cArRy!nG nUr @LeeSy@ d@m!@

This is the best Moment that mummy want to remember & share with all...(terutamanya utk kenang2an Aleesya nanti)

38 minggu mengandungkan aleesya, pelbagai dugaan & cabaran yang telah diharungi. One day in November 2009, Mummy asyik demam & x sihat badan, masa pergi konvokesyan acik kat Melaka mula terasa macam pening2 & nk muntah...terdetik dalam hati..aku ni pregnant ke? balik je dari Melaka terus beli pregnancy test & resultnya...2 line. Alhamdulillah setelah genap setahun mendirikan rumahtangga akhirnya Allah telah mengurniakan zuriat keluarga kami.
3 bulan pertama... was a challengging time. Muntah, pening, penat semua ada. makan...muntah...makan...muntah tu je kerjanya, sampaikan Ma Tok Aleesya kat kampung pun risau. macam2 dikirimnya dari kampung dari buah delima sampai la ubat2 utk hilangkan mual.
Bila dah masuk 4 bulan, alhamdulillah sume dah ok, selera makan semakin bertambah seiring dengan tumbesaran aleesya kat dalam perut. Time ni Mummy sempat lagi g jalan2 kat Sabah (tiket dah beli dari awal tahun..x pegi kan rugi je)...

5 Bulan pregnant, berat Mummy naik mendadak, 4kg dalam masa 3 minggu, so kena marah ngan doctor then kena buat MGGT (minum air gula kot2 ada kencing manis), tp alhamdulillah xde sume sihat. Utk pengesahan jantina (senang nk g beli baju..hihihi) Mummy g Scan kat Klinik Rozana, doctor cakap mungkin Girl, x berapa jelas, tapi mummy & Papa x kisah pun janji sihat sempurna (berat aleesya time ni 600gm), doctor jangka tarikh bersalin adalah pada 12.07.2010. 6 bulan, doktor mendapati Mummy kekurangan sel darah merah & darah cair (HB pon rendah je). bermula la episod kena makan makan yg boleh tambah darah. Kerang, hati, ikan bilis, bayam antara menu wajib ada dlm hidangan setiap hari. Sampai satu tahap nak muntah & tak boleh tengok makanan tu lagi. lagi satu fav mummy masa pregnant ni..western food, every week ada je nk mkn Pizza, McD, KFC, Chick chop dll.
7 bulan, Mummy start buat preparation aleesya's stuff. every week ada je benda nk beli macam tak cukup2..
time ni best, Papa ikut je mana mummy nk pergi, JJ Bukit Raja, Midvalley, Sunway Pyramid sume dijelajahi untuk mencari kelengkapan princess mummy ni. Oh, ya time ni mummy g scan lagi utk mengesahkan lagi jantina baby, berat & masalah2 awal sekiranya ada. kali ni Mummy scan kat Klinik NoorHajar, alhamdulillah doctor cakap kedudukan baby ok, waterbag pon cukup, berat baby 1.68kg. ikut calculation doctor, aleesya dijangka melihat dunia pada 16.07.2010 (x sama ngan klinik Rozana). Bulan ni Mummy balik Kg coz tok abah aleesya masuk Hospital, doctor suspect Ulser dalam perut. Ya Allah, memang mummy terkejut coz tok abah tak pernah masuk hospital & tak pernah sakit teruk. Lepas tu dah tok abah dah bleh discharge & kena buat follow-up treatment...Alhamdulillah.
8 bulan, mummy still boleh drive pergi keje, walaupun papa asyik offer untuk amik & antar mummy g keje. masa ni berat mummy dah melonjak ke 65kg (berat b4 pregnant 50kg je).
9 bulan, saat untuk berhati2, doc kata mesti cukup rehat & persiapan menyambut kelahiran baby mesti dah lengkap. tapi mummy rasa cam ada je lagi yang x lengkap..hehehe. masa ni g scan lagi sekali, doctor cakap semua OK & berat baby 2.7kg...berat yg sesuai untuk kelahiran secara normal.

03.07.2010, jam 6.30ptg, mummy baru balik dr Tesco, kaki terasa cam kejang n lenguh2 so mummy tanya kak Rose, my neighbour, dia cakap maybe sebab mummy ni asyik jalan kot. Malam, teringin nak makan Chicken Chop, so Papa pun buat la...(TQ sayang!). pukul 2.30am, Papa dah tido tapi Mummy terjaga sebab rasa perut memulas2, kejut PaPa dia tanya ada keluar tanda2 nak bersalin ke? Xde la pulak...mungkin nak buang air kot...lepas tu Papa continue tido, mummy plak tengok World Cup, German lawan ape ntah lupa (semi final dah masa tu). kul 3.30 sakit lg tp x teruk la cam nk period je, mummy biarkan je...4.30 datang lagi sakit tu & slepas tu setiap 15 minit rasa sakit, so Mummy kejut Papa ajak g Hospital walaupun tak ada tanda keluar darah @ pecah air ketuban. 5.30 on the way nak g spital sakit sudah selang setiap 5 minit & air ketuban mula mengalir keluar (sikit je). Sampai je kat Hospital, dalam kul 6.00am, nurse cakap suruh g kencing dulu pastu baru dia akan buat check-up. Bila nurse check dia terus menjerit panggil doctor, katanya Mummy dah ready nak delivered, so terus g labour room. Setelah ready, nurse panggil Papa masuk untuk sama2 ngan mummy, 1st time push x dapat, sakitnya hanya tuhan yang tahu. 2nd time doctor suruh push Papa bagitau, bie dah nampak kepala baby kita teruskan push...tapi mummy x dapat nak continue coz out of energy. setelah 5 minit rehat, doctor suruh mummy push lagi...all out..alhamdulillah akhirnya lahirlah Nur Aleesya Damia tepat jam 6.57am, 04.07.2010 dengan berat 3.68kg. Seolah satu keajaiban, selepas lahir je aleesya segala kesakitan terasa hilang dan saat doctor suruh hug baby terasa begitu indah. Ya Allah aku bersyukur atas segala kurniaanmu ini. Buat Aleesya semoga menjadi anak yang solehah & berjaya dunia akhirat. Sekian episod kelahiran Aleesya.

Khamis, 11 November 2010

Congratulation...Congratulation Fatimah!!!

Happy...happy...happy....
Alhamdulillah berkat doa Ma, arwah abah, family & kawan2 Fatimah (familiar with panggilan Kak dlm familyku) telah berjaya dapat 5A dalam exam UPSR. Fatimah adik perempuan bongsu dalam familyku. Actually, aku agak risau coz sblm exam, adikku (kami sekeluarga jugak...) masih lagi bersedih dengan pemergian Abah tersayang pada 1 September 2010. Namun berkat kesabaran,doa dan nasihat daripada sume ahli familyku, alhamdulillah dia mampu buat yang terbaik untuk masa depannya. Skang nk pikir nak bagi ape present kat Fatimah ni...emmmmmmm?????
Buat Fatimah, semoga mampu meraih kejayaan seperti yg diimpikan dan menjadi kebanggaan Ma, Abah & Family...(harap2 dpt la skolah asrama penuh & biasiswa penuh mcm Hasnira)!!
Buat Ain, moga dapat result yg best gilerrr dlm exam PMR...a big present waiting 4U.
Buat Hasnira, Wish U good Luck in SPM exam!! semoga impianmu utk blaja engineering course kat oversea menjadi kenyataan...(ikut la jejak Ili Hakima yg kini sedang enjoy kat UK).
Buat Ayu, do the best 4 exam, this is ur final year..grab the highest pointer!!! chaiyok!!

LoVe mY fAmiLY sO mUch!

Al-Fatihah..semoga Rohnya ditempatkan bersama golongan Beriman!

a part of my Big Family


Khamis, 4 November 2010

aLeesYa 4mths....

Hari ni, 04.11.2010 aLeesya dah pun berumur 4 bulan dengan berat 6.1kg, seakan masa terlalu cepat berlalu. Pada uMur ini aLeesYa dah pun pandai meniarap, mengundur & memegang objek. Malah bila memanggil namanya dia akan pandang ke arah suara. Alhamdulillah aleesya telah membesar dengan sihat dan sempurna pada umur ini. Anak adalah anugerah paling berharga yang dikurniakan oleh Allah S.W.T sebagai penyambung zuriat dan pelengkap hidup kepada setiap pasangan yang telah berumahtangga. Sebab itulah kehadiran aLeesya adalah satu rahmat buat Mommy & PaPa, alhamdulillah rezeki pun bertambah seiring dengan pertambahan ahli keluarga baru ini dan hidup kami terasa seperti sudah lengkap...kami bersyukur kepada mu ya Allah!! sekarang everything about aLeesYa... Mommy & PaPa  jer...really love both of you...mmmuahh!!!




 

Rabu, 27 Oktober 2010

a Day without PaPa

Setelah 2 tahun melayari kehidupan berumahtangga. pelbagai kisah suka duka kehidupan dilalui bersama. bila tiba2 berada berdua je ngan anak kat umah terasa lain..macam x complete, rupanya beginilah perasaan yang akan dilalui bila berjauhan antara satu sama lain. al-kisahnya, hubbyku kena balik kg menguruskan hal ehwal keluarganya semalam, so aku tinggal berdua ngan aleesya je. first time ditinggalkan cam buat aku jadi macam sunyi sgt kt umah, ye lah biasanya balik keje je terus sibuk nk masak, mandi, kemas umah skit2...n en.hubby yg jd bb sitter...tp semalam aku x buat ape pon, mandi pas tu terus lepak2 ngan aleesya, then dia tido aku pon tido...BUSAN!!!nasib baik le kije hubby ku x payah out station kalau x huhuhu haru jugak lerrr..(puan etiey erywan camane le mu bleh laluinya). Esok pagi baru en.hubby balik, ohhhh malam ni aku n aleesya akan melalui satu malam yg membusankan lagi...oOoOoO mIsssss u Papa cepat balik.....


Love u Papa


Selasa, 26 Oktober 2010

Hot Piper Restaurant & Cafe

Tengahari tadi, lunch kat Hot Piper Restaurant & Cafe. Restaurant locate at Dataran Sunway, Kota Damansara (website http://www.hotpiper2u.com/ ).Restaurant tu serve Local, western & italian food. taste good & price affordable jugak. tadi aku makan Fish & Chip (set yang cukup mengeyangkan), Lunch srt @ RM9.90, tapi member aku beli kupon kat http://www.everyday.com/ bernilai RM5 so kami makan dengan harga ni je td. untuk info jugak, kat http://www.everyday.com/ ni kita boleh tengok sume jenis sale yg sedang berlangsung di klang valley, sesuai bagi para shoppaholic @ kaki shopping...(termasuk aku ke???) Just nak sharing tempat makan yg best2 ngan kengkawan sume. enjoy the pitcha yg sempat snap masa lunch td...






Starter with Mushroom Soup


Main Course...Fish & Chips


Isnin, 25 Oktober 2010

aLeesYa dEmaM...

Dugaan bila bergelar seorang ibu...
Pagi sabtu, aLeesYa asyik merengek jer, x nak duduk bawah, nak mommy dukung all the time.
so layan jer la..manja2kan dia (anak sorang bleh lerrr..bila dah anak ramai t x tau le camane hihihi). then Papa bawa kuar bouncer aleesya yang tersimpan rapi dalam stor..kot2 dia nk duduk, setelah diumpan dengan teddy bear yg tergantung2 kt bouncer akhirnya dia duduk kt bouncer tu & main dengan green bear tu..hehehe pandai gak papa pujuk bb.

                                                            protes lg nih....

                                                             
                                                        Green bear ni dh menarik perhatian!

                                                              Main time...

                                Susu time..setelah penat bermain & bercakap ngan Green Bear

Malam, kuar g jumpa my cousin yg dtg dr kuantan then lepak2 kt umah mama Zara, sambil papa tengok bola Kelantan vs Kedah (1-0, nampaknya papa confirm beli tiket utk final nanti...hehee go go go Red Warrior). Tapi dlm syok dok layan bola tuh..aleesya menangis x henti2 risau plak mommy...setelah 1 1/2 jam dipeluk2 & dipujuk2 baru tido....bila terjaga malam dia merengek2 x nak tido bawah nk mommy peluk jer kat ribaan...bila pegang badan aleesya panas, sentuh dahi pun panas, ya Allah rupanya dia demam..lantas terus letakkan cool fever utk kurangkan suhu panas badan tuh.

So, semalam terus bawa Aleesya g Clinic, doc kata suhu badan dia 36.5cc..agak tinggi utk bb umur 3mths. Doc bg ubat selsema, demam & batuk serta ubat yg berbentuk peluru sebagai stok (doc cakap kalu suhu badan dia terlampau tinggi baru bleh bagi). Aku & hubby terkial2 tengok ubt bentuk peluru tuh, 1st time tengok...doc tu gelak & cakap ubat ni kena masuk ikut bontot bb..haaa..OOOO..terlopong kejap aku. camane nih??? camane pon peluru tu x digunakan lg coz badan aleesya dah kurang panas lepas makan ubat yg dibekalkan doc tuh...fuhh nasib baik..Doc ckp lagi kita bleh gunakan air asam jawa utk sejukkan badan sapu je kt kepala anak...ooo cam tu rupanya. Oh..bila bergelar Mommy aku semakin menyedari betapa besarnya pengorbanan Ma aku untuk besarkan aku..Insaf..insaf..TQ...I love u Mom!!



Jumaat, 22 Oktober 2010

Half Day aLeesYa wiTh PaPa

Semalam terpaksa half day on the morning, storynya my bb sitter sms x dapat jaga aLeesYa coz kena bawa anak jumpa doctor, demam.....
So, dengan kelam kabutnya call my hubby (mmg mommy yang kena hantar aLeesYa everyday coz papa kerja awal pagi..7.00am dah keluar dah) tanya dia bleh skip keje x, coz mommy nak kena g office gak settlekan northern region branch punya salary almaklumlah dh nk ujung bln kan, mmg busy nk kira ot n gaji sume staff2, malangnya papa hanya bleh balik after 12, mean half day on afternoon la. so mommy agreed la g keje after 12.
Ni dah 2nd time tinggal aLeesYa ngan Papa, so rasa cam everything should be ok lah..dah sampai office, call papa tanya, papa cakap "dun worry sumenya ok, bb tido jer" alhamdulillah aku meneruskan kerjaku dgn senang hatinya.
                                                               Papa with AleesYa
                                                                            

                                                           tido ngan lenanya lepas mandi


6.40pm...arrive home, Papa dah ready kat gate ngan AleesYa tunggu mommy balik, huhuhu rupa2nya papa melalui hari yang sukar, aleesya asyik nangis slps kol 3pm..bagi susu x nak, masuk buai pon x nak...papa dah lost xtau nk wat ape..finally papa g umah jiran mintak tolong...naib baiklah jiranku Kak Ros tu baik hati. Kak Ros amik aleesya, pastu mandikan (rupa-rupanya dia kepanasan), bagi susu then dia dah cool down lah..Papa oh papa mungkin inilah kenangan pertama jaga anak, moga akan menjadi xperience yg berguna utk masa akan datang huhuhu...ape pun appreciate coz papa sanggup tolong jaga bb..love u mmmmuahh!!

Khamis, 21 Oktober 2010

i'm a new blogger...

hmmm hari ni secara rasminya aku dah berjaya create satu blog (selama ni dok baca blog org jerrrr..) dah lama teringin gak nak ada blog sendiri, tapi xde kesempatan utk menciptanya. iyelah cam best jer...blog ni dah boleh jd cam diary untuk kita meluahkan segala jenis perasaan, sharing ngan kengkawan dan macam2 lg lah..best..best..lagipon cam dah jd trend zaman skang ni sume org ada blog sendiri. semoga blog ini adalah medan yang tepat untuk perkongsian segala pengalaman suka duka dengan kengkawan sume...mmmuahh!!