CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

U klik ME I klik U

Selasa, 16 November 2010

9 MoNthS cArRy!nG nUr @LeeSy@ d@m!@

This is the best Moment that mummy want to remember & share with all...(terutamanya utk kenang2an Aleesya nanti)

38 minggu mengandungkan aleesya, pelbagai dugaan & cabaran yang telah diharungi. One day in November 2009, Mummy asyik demam & x sihat badan, masa pergi konvokesyan acik kat Melaka mula terasa macam pening2 & nk muntah...terdetik dalam hati..aku ni pregnant ke? balik je dari Melaka terus beli pregnancy test & resultnya...2 line. Alhamdulillah setelah genap setahun mendirikan rumahtangga akhirnya Allah telah mengurniakan zuriat keluarga kami.
3 bulan pertama... was a challengging time. Muntah, pening, penat semua ada. makan...muntah...makan...muntah tu je kerjanya, sampaikan Ma Tok Aleesya kat kampung pun risau. macam2 dikirimnya dari kampung dari buah delima sampai la ubat2 utk hilangkan mual.
Bila dah masuk 4 bulan, alhamdulillah sume dah ok, selera makan semakin bertambah seiring dengan tumbesaran aleesya kat dalam perut. Time ni Mummy sempat lagi g jalan2 kat Sabah (tiket dah beli dari awal tahun..x pegi kan rugi je)...

5 Bulan pregnant, berat Mummy naik mendadak, 4kg dalam masa 3 minggu, so kena marah ngan doctor then kena buat MGGT (minum air gula kot2 ada kencing manis), tp alhamdulillah xde sume sihat. Utk pengesahan jantina (senang nk g beli baju..hihihi) Mummy g Scan kat Klinik Rozana, doctor cakap mungkin Girl, x berapa jelas, tapi mummy & Papa x kisah pun janji sihat sempurna (berat aleesya time ni 600gm), doctor jangka tarikh bersalin adalah pada 12.07.2010. 6 bulan, doktor mendapati Mummy kekurangan sel darah merah & darah cair (HB pon rendah je). bermula la episod kena makan makan yg boleh tambah darah. Kerang, hati, ikan bilis, bayam antara menu wajib ada dlm hidangan setiap hari. Sampai satu tahap nak muntah & tak boleh tengok makanan tu lagi. lagi satu fav mummy masa pregnant ni..western food, every week ada je nk mkn Pizza, McD, KFC, Chick chop dll.
7 bulan, Mummy start buat preparation aleesya's stuff. every week ada je benda nk beli macam tak cukup2..
time ni best, Papa ikut je mana mummy nk pergi, JJ Bukit Raja, Midvalley, Sunway Pyramid sume dijelajahi untuk mencari kelengkapan princess mummy ni. Oh, ya time ni mummy g scan lagi utk mengesahkan lagi jantina baby, berat & masalah2 awal sekiranya ada. kali ni Mummy scan kat Klinik NoorHajar, alhamdulillah doctor cakap kedudukan baby ok, waterbag pon cukup, berat baby 1.68kg. ikut calculation doctor, aleesya dijangka melihat dunia pada 16.07.2010 (x sama ngan klinik Rozana). Bulan ni Mummy balik Kg coz tok abah aleesya masuk Hospital, doctor suspect Ulser dalam perut. Ya Allah, memang mummy terkejut coz tok abah tak pernah masuk hospital & tak pernah sakit teruk. Lepas tu dah tok abah dah bleh discharge & kena buat follow-up treatment...Alhamdulillah.
8 bulan, mummy still boleh drive pergi keje, walaupun papa asyik offer untuk amik & antar mummy g keje. masa ni berat mummy dah melonjak ke 65kg (berat b4 pregnant 50kg je).
9 bulan, saat untuk berhati2, doc kata mesti cukup rehat & persiapan menyambut kelahiran baby mesti dah lengkap. tapi mummy rasa cam ada je lagi yang x lengkap..hehehe. masa ni g scan lagi sekali, doctor cakap semua OK & berat baby 2.7kg...berat yg sesuai untuk kelahiran secara normal.

03.07.2010, jam 6.30ptg, mummy baru balik dr Tesco, kaki terasa cam kejang n lenguh2 so mummy tanya kak Rose, my neighbour, dia cakap maybe sebab mummy ni asyik jalan kot. Malam, teringin nak makan Chicken Chop, so Papa pun buat la...(TQ sayang!). pukul 2.30am, Papa dah tido tapi Mummy terjaga sebab rasa perut memulas2, kejut PaPa dia tanya ada keluar tanda2 nak bersalin ke? Xde la pulak...mungkin nak buang air kot...lepas tu Papa continue tido, mummy plak tengok World Cup, German lawan ape ntah lupa (semi final dah masa tu). kul 3.30 sakit lg tp x teruk la cam nk period je, mummy biarkan je...4.30 datang lagi sakit tu & slepas tu setiap 15 minit rasa sakit, so Mummy kejut Papa ajak g Hospital walaupun tak ada tanda keluar darah @ pecah air ketuban. 5.30 on the way nak g spital sakit sudah selang setiap 5 minit & air ketuban mula mengalir keluar (sikit je). Sampai je kat Hospital, dalam kul 6.00am, nurse cakap suruh g kencing dulu pastu baru dia akan buat check-up. Bila nurse check dia terus menjerit panggil doctor, katanya Mummy dah ready nak delivered, so terus g labour room. Setelah ready, nurse panggil Papa masuk untuk sama2 ngan mummy, 1st time push x dapat, sakitnya hanya tuhan yang tahu. 2nd time doctor suruh push Papa bagitau, bie dah nampak kepala baby kita teruskan push...tapi mummy x dapat nak continue coz out of energy. setelah 5 minit rehat, doctor suruh mummy push lagi...all out..alhamdulillah akhirnya lahirlah Nur Aleesya Damia tepat jam 6.57am, 04.07.2010 dengan berat 3.68kg. Seolah satu keajaiban, selepas lahir je aleesya segala kesakitan terasa hilang dan saat doctor suruh hug baby terasa begitu indah. Ya Allah aku bersyukur atas segala kurniaanmu ini. Buat Aleesya semoga menjadi anak yang solehah & berjaya dunia akhirat. Sekian episod kelahiran Aleesya.

0 cOretaN saYang kawan2: