CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

U klik ME I klik U

Sabtu, 4 Disember 2010

aLeesYa dEmaM...+ diGanGgU oLeH JiN...

Minggu yang memenatkan...

aL-kisahnya, balik keje pada khamis lepas, badan aLeesYa panas semacam je...so terus bagi dia ubat demam la. Esoknya demam x baik2 lg..so amik EL jaga dia kat umah. Sabtu, demam dia x kebah2 juga so bawa g jumpa Doctor, suhu badan masa tu 37.2 c, doc cakap x tinggi sangat then kami dibekalkan dengan antibiotik dan ubat demam. a few hours lepas makan ubat yang dibekalkan badan aleesya macam timbul ruam2 merah cam campak. Aku dah risau, ada 3 kemungkinan dalam hatiku, samada Campak, Denggi/Malaria atau Allergic. Tanpa buang masa, hari ahad pagi terus bawa aLeesYa gi Hospital buat details check-up. Doctor amik darah untuk buat ujian...sayu hatiku melihat dia menangis kesakitan masa nurse amik darah dia, tanpa disedari aku turut nangis sama, sampai doctor plak yang tenangkan aku. berdebar tunggu result darah, lepas 1/2jam...doctor bgtau sume ok, cuma dia bekalkan antibiotik baru & suruh buang yang klinik bagi punye...mungkin x serasi ngan aLeesYa kot. balik umah, aLeesYa cam dah cool down lah.. So aku pikir dah kebah agaknya demam dia.
TAPI....malam dia start buat hal..nangis...nangis..nangis..non stop. Susu x nak langsung, bertambah2 lg kerisauan ku, dalam hati dah mula memikirkan benda2 lain. iye la badan dia pon dah x panas, maknanya demam dah baik la. selepas 8pm aleesya tertido dah..penat nangis agaknya. dalam kol 12 mlm dia kembali start nangis...kali ni sampai ke Subuh dia hanya akan diam sekejap2 je, itu pon hanya mummy je bleh peluk. ngan papa langsung x mao...memang semalaman kali x tido. bila dah kol 5.30am dia still nangis aku bgtau hubby, nak bawa anak jumpa ustaz lah. tapi itu la, x tau kat ne nak pergi??? kalu kat Kg senang la plak. then Jiran cadangkan Pusat Rawatan Islam Darul Hasanah. Lepas sembahyang subuh, kol 6.00am hubby terus g kat pusat tu, Malangnya ia dibuka pukul 10.am - 6pm sahaja. tapi kami berusaha mencari rumah pengamal perubatan itu, akhirnya jumpa.
Pada sesi berubat, Aleesya berada kat pangkuan Abg (lupa nak tanya nama pengamal perubatan tu, sebab nampak muda kami panggil abang je..hihihi), sejurus abg tu pegang ubun2 dia terus dia nangis2..then terus abg tu tanya ada bawa anak g mana? Seingat aku x kemana kecuali rumah cousin ku. Menurut katanya, anakku dikacau oleh Jin, yang kemudian menumpangi kat atas lehernya. Sebab tu dia asyik nangis sampai x mau susu. Katanya lagi anak2 kecil macam ni mmg boleh nampak sume makhluk halus, jadi jgn berada diluar rumah pada waktu senja. So dia mula membaca ayat2 al-Quran dan membekalkan 3 botol air penawar. 1 untuk pagari rumah dari gangguan2 anasir jahat Iblis, Syaitan & Jin. lagi dua untuk buat susu aleesya (minum).
Setelah habis berubat, balik rumah hubbyku terus buat sebagaimana diarahkan abg tersebut untuk pagari rumah. lepas tu baru la aku & aleesya bleh masuk umah. aLeesya dah x nangis sgt lepas tu. cuma nangis merengek2 sebab mengantuk & penat. selepas dah lap badan dan bg susu dia terus tido seharian, bangun kejap2 je utk minum susu. Kemudian, aku sedari ada satu masalah baru..dia mengalami kembung perut kerana terlalu lama menangis. Ya Allah...satu demi satu dugaan untukku..jiranku mencadangkan Gripe Water untuk melegakan kembung, alhamdulillah berkesan. Ya Allah inilah antara dugaan dari Nya untuk membesarkan anak. semoga Allah mempermudahkan segala urusanku dalam membesarkan anakku ini. Amin...