CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

U klik ME I klik U

Khamis, 5 Mei 2011

Selamat Hari Ibu...Ma I love U!!

Happy mothers Day kepada semua ibu-ibu!

Semua yang telah bergelar ibu pasti telah merasakan susah senangnya membesar dan mendidik setiap anak kan. Walaupun aku baru ada seorang anak, aku tetap bersyukur kepada Allah kerana masih diberi peluang untuk merasai susah senang melahirkan dan seterusnya membesarkan anak.
Bila dah ada anak ni, barulah aku faham dan mengerti besarnya pengorbanan seorang wanita bernama ibu.
Menanggung kesakitan di saat melahirkan, menyusukan anak dengan penuh kasih sayang, rela berjaga siang dan malam bila anak sakit, tak pernah mengizinkan walau seekor nyamuk pun hinggap kat badan anak, begitulah kasihnya seorang ibu.
Kepada ibuku, Puan Nalma bt Abdul Rahman, terima kasih kerana melahirkan, mendidik dan membesarkan aku hingga aku berjaya dan punyai keluarga sendiri. Segala jasa dan pengorbananmu akan ku kenang hingga ke akhir hayatku...Insyaallah.
Syukur kepada Allah kerana memberi peluang kepadaku untuk merasai nikmat kasih sayang seorang ibu dan memberi peluang untukku menyayangi dan memberi kebahagiaan kepada ibuku hingga hari ini dan jika diizinkanNya hingga ke akhir hayatku. Syukur juga kerana memberiku adik beradik yang amat menyayangi dan sentiasa menjaga hati ibuku.
Alhamdulillah walaupun keluarga kami tidak kaya harta, tapi kasih sayang yang terbina melebihi segunung intan dan berlian...adik2 ku semua terima kasih kerana sentiasa menjadikan Hari Ibu sebagai hari yang istimewa setiap tahun, walaupun tanpa kehadiranku di majlis itu, namun aku pasti Ma tahu bahawa doaku sentiasa bersamanya.


P/s: kawan2 dah plan ke hadiah untuk ibu sempena hari ibu nanti?

0 cOretaN saYang kawan2: