Click Banner utk join ye.
My story about my memory with Little Fingers..Princess Aleesya Damia, si buah hati pengarang jantung ku.
The best Ever memory, yang x mungkin dilupakan hingga ke akhir hayatku. Pengalaman detik dan saat kelahiran aLeesya ke dunia. Tanggal 04.07.2010, jam 2.30am terjaga dari tidur bila terasa ada kesakitan yg mencucuk bahagian pinggang, sakit itu berulang2 hingga akhirnya jam 5.00am baru ku kejutkan suami utk bgtau, memandangkan due patutnya 16.07.2010, so aku x sure samada ini tanda bersalin atau tak. Lepas bincang2, decide utk ke Hospital Sg.Buloh. On the Way ke Hospital, tiba2 aku rasa kain batik yg dipakai mulai basah, Ya Allah ini mungkin air ketuban dan perasaan risau bercampur takut mulai menggigit tangkai hatiku. Dalam kekalutan menahan sakit, mmg husband ku speed laju tetapi krn terlalu kelamkabut dia terlepas simpang ke Hospital, kami sudah masuk highway camana nak turn. Tetiba nampak satu kereta peronda polis, kami berhenti & maklumkan masalah, terus polis arahkan kami gunakan saja jalan highway tu walaupon dalam arah bertentangan, nasib baik waktu pg & hari minggu so x sibuk jln. sampai hospital jam 6.00am terus masuk labour room & selamat bersalin jam 6.57 am. Alhamdulillah lahir lah buah hati pengarang jantungku yg di namakan Nur Aleesya Damia. Cucu pertama dalam keluargaku. Orang paling gembira bila menerima khabar kelahiran cucu ini adalah Ma & Abahku.
Setelah seminggu dirumah, aku berhasrat utk pulang berpantang dirumah Ma aku di Kg. Kegembiraan jelas terpancar di wajah Ma & Abah padan saat itu. Tanpa pengetahuan aku, aBah aku sebenarnya saat itu tengah hebat bertarung dgn Virus Kanser hati tahap akhir, hanya 60 hari Abah ku sempat menatap wajah cucu kesayangannya ini, dan akhirnya pada 1 September 2010 dia telah pergi meninggalkan kami buat selama2nya. Kata Ma, aBah cuba bertahan kerana nak tengok cucu sulongnya ini. Dan Alhamdulillah, Allah makbulkan doa nya, sEdih..pilu..tapi aku Redha. Bak kata pepatah, "patah tumbuh, hilang berganti". Kehadiran aleesya seolah pengganti kepada arwah abahku, sekarang aleesya lah pengubat rindu kepada semua ahli keluargaku terutama kpd Ma aku. Ya, Allah kami pasrah & redha atas segala takdir yang telah tertulis ini..Ya, Allah tempatkan lah Arwah dikalangan org2 yg beriman & bertakwa kepadaMu.
Ini adalah kenangan bersama my little fingers...aleesya, yang x mungkin akan terpadam dari memoriku.
Nak Tagg
P/s : eB, sorry ter "emosional" sikit. Tak tahu la memori gembira+sedih cam ni kira qualified @ tak. ape pun sekadar berkongsi rasa dengan kwn2 blogger sume.
4 cOretaN saYang kawan2:
Alamak hafizah ... susah nak komen ni ... terlalu emosional tu ... akhirnya aku mengambil tindakan untuk tidak mengomen kerana khuatir hafizah bertambah sedih hingga ke peringkat ke-12 tahap sedih manusia ... mungkin itulah takdir ... takdir setiap insan ciptaan Tuhan ... (ku juga mempunyai takdir ku sendiri ...)
mcm kisah nurul lah=)sedih baca sb melalui benda sama.abah nurul sakit buah pinggang..tapi alhamdulillah dia hidup sampai skang..tapi masa dia nak tgk cucu sulang mcmnielah keadaannya.sedihkan?
hezrina: mmg sedih sbb Abah adalah org paling kita syg kan...tp dh takdir cam tu kena redha, so awk kena take care abah awk baik2 ye...ambil peluang ketika dia masih disisi. cam saya, syukur krn Allah bg peluang disaat2 genting, saya disisinya sepanjang hari & masa (berpantang 2 bln time tu.. hingga hujung nyawa. Al-fatihah buat arwah.
alfatihah, sebak eB bacer... skurang2nyer arwah smpt tatap cucu dier... my babah x sempat... 2 bln jerk lagi eB bersalin... sob3...
pe pe pn,
result pkl 5 yer... gd luck :)
Catat Ulasan