CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

U klik ME I klik U

Khamis, 14 April 2011

BEN ASHAARI BICARA KASIH AYAH

Santai Bersama BEN ASHAARI

td BW kat belog popular itu..belog sape lagi kalu bukan Encik Ben Ashaari dan nampak le segmen Kaulah pelita Hatiku ni..kali ni segmen adalah mengenai penghargaan buat seorang lelaki bernama Ayah.
Ayahku yang aku panggil ABAH telah kembali kerahmatullah pada tanggal 1 September 2010, seminggu menjelang hari raya Aidilfitri. Kesedihan dan kehilangan masih terasa namun aku tahu Allah lebih menyayanginya..aku redha & pasrah...Al-Fatihah buat arwah Abah moga Rohnya tenang DISANA.

Bercakap mengenai kenangan pahit manis bersama Abahku ini..rasanya terlalu banyak untukku sepanjang 29 tahun bernafas di dunia ini dan 28 tahun berada bersama arwah. Aku anak kedua dalam keluarga besar seramai 9 beradik yang bukan dari golongan Senang..tapi arwah abah tak pernah membiarkan kami merasai Kesusahan walau sedetik pon, ape saja yang kami ingin sedaya upaya akan cuba ditunaikan. Sebagai kakak sulung dalam keluarga, aku cuba menjadi contoh untuk adik2 ku, cuba untuk berjaya dalam hidup, belajar sebaik mungkin. Walaupun abangku kecundang dalam pelajaran, namun berkat nasihat arwah Abah, abangku berjaya menjadi seorang insan yang berguna dan berjaya menjawat jawatan dalam agensi Kerajaan, kata abahku walaupon gaji kecil tapi masa depan lebih terjamin. Aku adalah anak yang paling rapat dengan arwah, segala masalah kukongsi bersamanya, kadang2 Mak aku pon x tahu..betapa rapatnya aku dengan abah. Saat paling Manis adalah masa aku berjaya dapat tawaran belajar kat Universiti...Ya Allah dapat ku lihat betapa gembiranya arwah abah melihat anaknya ini bakal menjejak kaki ke menara gading. Masihku ingat pesannya setiap malam, ketika menonton TV biasanya dia akan menasihati aku..."sebagai kakak aku kena menjadi contoh terbaik untuk adik2ku..kalau putih yang aku lakarkan maka putihlah yg akan jadi ikutan, kalau hitam maka gelaplah segala kehidupan ini. Abah x punya harta mahupon tanah untuk anak2 abah, tapi abah percaya kalu kakak berjaya suatu hari nanti semua itu (harta) akan datang sendiri mencari kita dan abah tahu kakak mampu jaga Ma, Abah dan adik2 pada masa itu". itulah kata2 keramat yg aku jadikan sebagai satu cabaran untuk terus berjaya dalam hidup. setelah aku menamatkan pelajaran di Universiti, aku menjemput Abah & Ma sebagai tetamu kehormat bagi menyaksikan anaknya ini dipentas menerima segulung kertas bernama Ijazah..masihku ingat betapa berserinya wajah abah saat itu. namun sedikit terkilan kerana arwah abah terlalu ingin melihat aku menjawat jawatan penting dalam jabatan Kerajaan, malangnya rezeki masih belum berpihak padaku..Namun aku x penah mengenal erti putus asa..akan kucuba selagi terdaya...Ya allah walaupun Arwah telah kembali padaMU namun aku bersyukur kerana arwah diberi kesempatan untuk melihat manisnya kejayaan anak2nya.

Pahitnya masih terasa...masih ku ingat saat arwah terlantar sakit setelah disahkan menghidap Hepatoma tahap akhir, ramai sedara mara yang datang menjenguknya dan pada masa itu juga ada seorang hamba Allah memberitahu mengenai Tonik Hati Al-Jabbar dan keberkesanannya. Setelah mendengar arwah terus bgtahu kat Ma yang dia nak cuba dan sebenarnya sebelum ini kami adik beradik pernah bertanya perkara ini pada doktor pakar, tapi kata doktor itu..tonik ini x akan memberi kesan lagi kerana hati arwah dah rosak 99%.  Tapi kami x bagitahu abahpun...jadi bila dia berkeras nak tonik tu..Ma cuba explain secara lembut agar arwah x terluka.Tapi arwah terus merajuk hati dan sedih krn katanya kami x mahu berusaha utk dptkan tonik hati itu (arwah x tahu harga tonik tu begitu mahal). Ya Allah hanya tuhan yang tahu perasaan Ma, dan kami sekeluarga..sedih..pilu bercampur baur dah.. Kami, hanya abg & aku yg bekerja yg lain sume masih blajar lagi...so bayangkan lah dalam masa sehari aku n abang berusaha cari duit RM3000 utk beli tonik tu..dan esoknya, berkat usaha dan doa kami berjaya beli ubat tu. Syukur, walaupon arwah hanya sempat makan sebotol je...(balance 9 botol masih dlam simpanan hingga kini..x tau nk wat ape..nak jual...ade ke org nk beli??). Walau apa pun, bersyukur keinginan nya termakbul.

P/s: Sangat bersyukur kerana aku berpantang kat Kg selepas bersalinkan aleesya, dlm masa yg sama dapat jaga arwah abah hingga ke nafas terakhirnya. Al-Fatihah


 


7 cOretaN saYang kawan2:

Nini D.. berkata...Reply To This Comment

Salam.....

nak mintak Fieza jawab lagik sekali soklan GA saya tuh...ada penambahan sikit.... :)

Nini D.. berkata...Reply To This Comment

jgn lupa buh id & email jugak tau...muah!

Tanpa Nama berkata...Reply To This Comment

salam,nadia dtg dari blog BA!al-fatihah tuk arwah ayah akak.Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan semoga akak dan famili lebih tabah ;)

mas saari berkata...Reply To This Comment

salam singgah!
begitulah kasih sayang dan pengorbanan seorang ayah..mmg tiada tandingnya!

Al-Fatihah utk arwah ayah awk..

fRaMe+LenSeS berkata...Reply To This Comment

alfatihah buat arwah abah ye.. baca kisah ni wat nadh rasa nak ngs.. kita jadi anak soleh solehah yang mendoakan kebahagiaan depa di sana ya..

Nadh datang melawat ni.. ;)
Budak Nakal

Lulu Caldina berkata...Reply To This Comment

kak, takziah..huhu sedih baca entri ni

aLeesYa's Mummy berkata...Reply To This Comment

Lulu..TQ sedekahkan Al-Fatihah ye..