CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

U klik ME I klik U

Sabtu, 4 Disember 2010

aLeesYa dEmaM...+ diGanGgU oLeH JiN...

Minggu yang memenatkan...

aL-kisahnya, balik keje pada khamis lepas, badan aLeesYa panas semacam je...so terus bagi dia ubat demam la. Esoknya demam x baik2 lg..so amik EL jaga dia kat umah. Sabtu, demam dia x kebah2 juga so bawa g jumpa Doctor, suhu badan masa tu 37.2 c, doc cakap x tinggi sangat then kami dibekalkan dengan antibiotik dan ubat demam. a few hours lepas makan ubat yang dibekalkan badan aleesya macam timbul ruam2 merah cam campak. Aku dah risau, ada 3 kemungkinan dalam hatiku, samada Campak, Denggi/Malaria atau Allergic. Tanpa buang masa, hari ahad pagi terus bawa aLeesYa gi Hospital buat details check-up. Doctor amik darah untuk buat ujian...sayu hatiku melihat dia menangis kesakitan masa nurse amik darah dia, tanpa disedari aku turut nangis sama, sampai doctor plak yang tenangkan aku. berdebar tunggu result darah, lepas 1/2jam...doctor bgtau sume ok, cuma dia bekalkan antibiotik baru & suruh buang yang klinik bagi punye...mungkin x serasi ngan aLeesYa kot. balik umah, aLeesYa cam dah cool down lah.. So aku pikir dah kebah agaknya demam dia.
TAPI....malam dia start buat hal..nangis...nangis..nangis..non stop. Susu x nak langsung, bertambah2 lg kerisauan ku, dalam hati dah mula memikirkan benda2 lain. iye la badan dia pon dah x panas, maknanya demam dah baik la. selepas 8pm aleesya tertido dah..penat nangis agaknya. dalam kol 12 mlm dia kembali start nangis...kali ni sampai ke Subuh dia hanya akan diam sekejap2 je, itu pon hanya mummy je bleh peluk. ngan papa langsung x mao...memang semalaman kali x tido. bila dah kol 5.30am dia still nangis aku bgtau hubby, nak bawa anak jumpa ustaz lah. tapi itu la, x tau kat ne nak pergi??? kalu kat Kg senang la plak. then Jiran cadangkan Pusat Rawatan Islam Darul Hasanah. Lepas sembahyang subuh, kol 6.00am hubby terus g kat pusat tu, Malangnya ia dibuka pukul 10.am - 6pm sahaja. tapi kami berusaha mencari rumah pengamal perubatan itu, akhirnya jumpa.
Pada sesi berubat, Aleesya berada kat pangkuan Abg (lupa nak tanya nama pengamal perubatan tu, sebab nampak muda kami panggil abang je..hihihi), sejurus abg tu pegang ubun2 dia terus dia nangis2..then terus abg tu tanya ada bawa anak g mana? Seingat aku x kemana kecuali rumah cousin ku. Menurut katanya, anakku dikacau oleh Jin, yang kemudian menumpangi kat atas lehernya. Sebab tu dia asyik nangis sampai x mau susu. Katanya lagi anak2 kecil macam ni mmg boleh nampak sume makhluk halus, jadi jgn berada diluar rumah pada waktu senja. So dia mula membaca ayat2 al-Quran dan membekalkan 3 botol air penawar. 1 untuk pagari rumah dari gangguan2 anasir jahat Iblis, Syaitan & Jin. lagi dua untuk buat susu aleesya (minum).
Setelah habis berubat, balik rumah hubbyku terus buat sebagaimana diarahkan abg tersebut untuk pagari rumah. lepas tu baru la aku & aleesya bleh masuk umah. aLeesya dah x nangis sgt lepas tu. cuma nangis merengek2 sebab mengantuk & penat. selepas dah lap badan dan bg susu dia terus tido seharian, bangun kejap2 je utk minum susu. Kemudian, aku sedari ada satu masalah baru..dia mengalami kembung perut kerana terlalu lama menangis. Ya Allah...satu demi satu dugaan untukku..jiranku mencadangkan Gripe Water untuk melegakan kembung, alhamdulillah berkesan. Ya Allah inilah antara dugaan dari Nya untuk membesarkan anak. semoga Allah mempermudahkan segala urusanku dalam membesarkan anakku ini. Amin...

Selasa, 23 November 2010

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Salam raya sume...

Raya yang agak bosan coz x balik kampung....I miss kampung (actually really miss my mom).
1st day beraya tanpa abah tersayang yang telah kembali kerahmatullah pada 1 September lepas. walaupun dah beberapa bulan namun kesedihan masih menyelubungi kerana biasanya setiap kali raya, abah la yang paling sibuk dengan ibadah korban ni. Pada tahun ni, aku turut menunaikan ibadah korban (Akikah untuk Aleesya) 1 bahagian. Nothing special...tapi oleh kerana RAYA so aku masakla sket utk jamuan jiran tetangga yang datang bertandang dipagi raya...hihihi first time masak laksa & laksam kelantan, nasi himpit+kuah kacang & Puding caremel..hasilnya...

taste boleh la, hehehe comment dr jiran2 la. Dalam berperang ngan aleesya sempat la jugak masak juadah ni di pagi Aidiladha...anyway Selamat Hari Raya Korban.
Di pagi Raya

Selasa, 16 November 2010

9 MoNthS cArRy!nG nUr @LeeSy@ d@m!@

This is the best Moment that mummy want to remember & share with all...(terutamanya utk kenang2an Aleesya nanti)

38 minggu mengandungkan aleesya, pelbagai dugaan & cabaran yang telah diharungi. One day in November 2009, Mummy asyik demam & x sihat badan, masa pergi konvokesyan acik kat Melaka mula terasa macam pening2 & nk muntah...terdetik dalam hati..aku ni pregnant ke? balik je dari Melaka terus beli pregnancy test & resultnya...2 line. Alhamdulillah setelah genap setahun mendirikan rumahtangga akhirnya Allah telah mengurniakan zuriat keluarga kami.
3 bulan pertama... was a challengging time. Muntah, pening, penat semua ada. makan...muntah...makan...muntah tu je kerjanya, sampaikan Ma Tok Aleesya kat kampung pun risau. macam2 dikirimnya dari kampung dari buah delima sampai la ubat2 utk hilangkan mual.
Bila dah masuk 4 bulan, alhamdulillah sume dah ok, selera makan semakin bertambah seiring dengan tumbesaran aleesya kat dalam perut. Time ni Mummy sempat lagi g jalan2 kat Sabah (tiket dah beli dari awal tahun..x pegi kan rugi je)...

5 Bulan pregnant, berat Mummy naik mendadak, 4kg dalam masa 3 minggu, so kena marah ngan doctor then kena buat MGGT (minum air gula kot2 ada kencing manis), tp alhamdulillah xde sume sihat. Utk pengesahan jantina (senang nk g beli baju..hihihi) Mummy g Scan kat Klinik Rozana, doctor cakap mungkin Girl, x berapa jelas, tapi mummy & Papa x kisah pun janji sihat sempurna (berat aleesya time ni 600gm), doctor jangka tarikh bersalin adalah pada 12.07.2010. 6 bulan, doktor mendapati Mummy kekurangan sel darah merah & darah cair (HB pon rendah je). bermula la episod kena makan makan yg boleh tambah darah. Kerang, hati, ikan bilis, bayam antara menu wajib ada dlm hidangan setiap hari. Sampai satu tahap nak muntah & tak boleh tengok makanan tu lagi. lagi satu fav mummy masa pregnant ni..western food, every week ada je nk mkn Pizza, McD, KFC, Chick chop dll.
7 bulan, Mummy start buat preparation aleesya's stuff. every week ada je benda nk beli macam tak cukup2..
time ni best, Papa ikut je mana mummy nk pergi, JJ Bukit Raja, Midvalley, Sunway Pyramid sume dijelajahi untuk mencari kelengkapan princess mummy ni. Oh, ya time ni mummy g scan lagi utk mengesahkan lagi jantina baby, berat & masalah2 awal sekiranya ada. kali ni Mummy scan kat Klinik NoorHajar, alhamdulillah doctor cakap kedudukan baby ok, waterbag pon cukup, berat baby 1.68kg. ikut calculation doctor, aleesya dijangka melihat dunia pada 16.07.2010 (x sama ngan klinik Rozana). Bulan ni Mummy balik Kg coz tok abah aleesya masuk Hospital, doctor suspect Ulser dalam perut. Ya Allah, memang mummy terkejut coz tok abah tak pernah masuk hospital & tak pernah sakit teruk. Lepas tu dah tok abah dah bleh discharge & kena buat follow-up treatment...Alhamdulillah.
8 bulan, mummy still boleh drive pergi keje, walaupun papa asyik offer untuk amik & antar mummy g keje. masa ni berat mummy dah melonjak ke 65kg (berat b4 pregnant 50kg je).
9 bulan, saat untuk berhati2, doc kata mesti cukup rehat & persiapan menyambut kelahiran baby mesti dah lengkap. tapi mummy rasa cam ada je lagi yang x lengkap..hehehe. masa ni g scan lagi sekali, doctor cakap semua OK & berat baby 2.7kg...berat yg sesuai untuk kelahiran secara normal.

03.07.2010, jam 6.30ptg, mummy baru balik dr Tesco, kaki terasa cam kejang n lenguh2 so mummy tanya kak Rose, my neighbour, dia cakap maybe sebab mummy ni asyik jalan kot. Malam, teringin nak makan Chicken Chop, so Papa pun buat la...(TQ sayang!). pukul 2.30am, Papa dah tido tapi Mummy terjaga sebab rasa perut memulas2, kejut PaPa dia tanya ada keluar tanda2 nak bersalin ke? Xde la pulak...mungkin nak buang air kot...lepas tu Papa continue tido, mummy plak tengok World Cup, German lawan ape ntah lupa (semi final dah masa tu). kul 3.30 sakit lg tp x teruk la cam nk period je, mummy biarkan je...4.30 datang lagi sakit tu & slepas tu setiap 15 minit rasa sakit, so Mummy kejut Papa ajak g Hospital walaupun tak ada tanda keluar darah @ pecah air ketuban. 5.30 on the way nak g spital sakit sudah selang setiap 5 minit & air ketuban mula mengalir keluar (sikit je). Sampai je kat Hospital, dalam kul 6.00am, nurse cakap suruh g kencing dulu pastu baru dia akan buat check-up. Bila nurse check dia terus menjerit panggil doctor, katanya Mummy dah ready nak delivered, so terus g labour room. Setelah ready, nurse panggil Papa masuk untuk sama2 ngan mummy, 1st time push x dapat, sakitnya hanya tuhan yang tahu. 2nd time doctor suruh push Papa bagitau, bie dah nampak kepala baby kita teruskan push...tapi mummy x dapat nak continue coz out of energy. setelah 5 minit rehat, doctor suruh mummy push lagi...all out..alhamdulillah akhirnya lahirlah Nur Aleesya Damia tepat jam 6.57am, 04.07.2010 dengan berat 3.68kg. Seolah satu keajaiban, selepas lahir je aleesya segala kesakitan terasa hilang dan saat doctor suruh hug baby terasa begitu indah. Ya Allah aku bersyukur atas segala kurniaanmu ini. Buat Aleesya semoga menjadi anak yang solehah & berjaya dunia akhirat. Sekian episod kelahiran Aleesya.

Khamis, 11 November 2010

Congratulation...Congratulation Fatimah!!!

Happy...happy...happy....
Alhamdulillah berkat doa Ma, arwah abah, family & kawan2 Fatimah (familiar with panggilan Kak dlm familyku) telah berjaya dapat 5A dalam exam UPSR. Fatimah adik perempuan bongsu dalam familyku. Actually, aku agak risau coz sblm exam, adikku (kami sekeluarga jugak...) masih lagi bersedih dengan pemergian Abah tersayang pada 1 September 2010. Namun berkat kesabaran,doa dan nasihat daripada sume ahli familyku, alhamdulillah dia mampu buat yang terbaik untuk masa depannya. Skang nk pikir nak bagi ape present kat Fatimah ni...emmmmmmm?????
Buat Fatimah, semoga mampu meraih kejayaan seperti yg diimpikan dan menjadi kebanggaan Ma, Abah & Family...(harap2 dpt la skolah asrama penuh & biasiswa penuh mcm Hasnira)!!
Buat Ain, moga dapat result yg best gilerrr dlm exam PMR...a big present waiting 4U.
Buat Hasnira, Wish U good Luck in SPM exam!! semoga impianmu utk blaja engineering course kat oversea menjadi kenyataan...(ikut la jejak Ili Hakima yg kini sedang enjoy kat UK).
Buat Ayu, do the best 4 exam, this is ur final year..grab the highest pointer!!! chaiyok!!

LoVe mY fAmiLY sO mUch!

Al-Fatihah..semoga Rohnya ditempatkan bersama golongan Beriman!

a part of my Big Family


Khamis, 4 November 2010

aLeesYa 4mths....

Hari ni, 04.11.2010 aLeesya dah pun berumur 4 bulan dengan berat 6.1kg, seakan masa terlalu cepat berlalu. Pada uMur ini aLeesYa dah pun pandai meniarap, mengundur & memegang objek. Malah bila memanggil namanya dia akan pandang ke arah suara. Alhamdulillah aleesya telah membesar dengan sihat dan sempurna pada umur ini. Anak adalah anugerah paling berharga yang dikurniakan oleh Allah S.W.T sebagai penyambung zuriat dan pelengkap hidup kepada setiap pasangan yang telah berumahtangga. Sebab itulah kehadiran aLeesya adalah satu rahmat buat Mommy & PaPa, alhamdulillah rezeki pun bertambah seiring dengan pertambahan ahli keluarga baru ini dan hidup kami terasa seperti sudah lengkap...kami bersyukur kepada mu ya Allah!! sekarang everything about aLeesYa... Mommy & PaPa  jer...really love both of you...mmmuahh!!!