CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

U klik ME I klik U

Selasa, 21 Jun 2011

Tragedi ke-2 berlaku lagi...


inilah tragedi itu...rumah my mom kat kg kena langgar lori yg terbabas.
Nampak tak tiang2 pagar yg berteraburan itu..sedih tau, actually ini adalah hasil tangan terakhir dr arwah abah, beria-ia arwah cat pagar ni untuk pertunangan adik & majlis cukur jambul aleesya tahun lepas, walaupun masa tu dia dh sakit tapi Ma cakap tiap2 hari dia akan cat walaupun sebatang dua je.
Tapi nak wat camana kan..dah takdir...Redha dan Pasrah ajelah.
Sekarang tengah tunggu adjuster utk wat calculation nk claim kat insurans org yg langgar tuh.
Hope everything will be settle be4 this coming raya.

tragedi pertama berlaku pd tahun 2000 dimana rumah kami dilanggar oleh sebuah prado yg dipandu dlm keaadaan mabuk dan mmg total lost rumah tu. My mom masa tu tengah menunggu hari bersalinkan adik lelaki ku dan masa kejadian dia berada didepan peti ais, so peti ais telah jatuhh menimpa my mom yg sarat mengandung on that time..so far x de kemalangan jiwa berlaku..semua baik2.
sekarang rumah baru ni pulak..........Rumah yg kami hanya duduki ketika ada majlis2 seperti hari raya, kawen, tunang atau2 ape kenduri je. hari2 biasa kami sekuarga akan tinggal kat umah pusaka tinggalan arwah atuk abah...kat pekan Rantau Panjang.

Sejarah Rumah ini
1- Dibina pada awal tahun 2008, kalau tak silap bulan Mac iaitu selepas musim banjir.
2- Terletak dalam tanah bendang padi, tapi my parents dh tanam getah kerana xde org tanam padi lagi.
3- Tempat ini pada musim tengkujuh akan mengalami banjir yang dashat, sebab tu rumah kami mempunyai tiang yang amat tinggi & kami juga mempunyai sampan untuk kegunaan banjir. Tapi hakikatnya sampan itu tidak pernah digunakan sekali pun...hehehe.
4- Rumah ini berjaya disiapkan pada penghujung bulan September 2008 dan mummy telah merasmikan rumah ini dengan berlangsungnya kenduri kahwin mummy & papa pada October,3, 2008.
5- Adikku, Acik melangsungkan majlis pertunangan pada Mac 2010.
6- Aleesya pula merasmikan majlis kenduri cukul jambul sebagai cucu sulang Tok Ma & Tok Bah pada Julai 2010 (selepas selasai kenduri ini, tok bah telah dikejarkan ke hospital & telah disahkan menghidap penyakit kronik Hepatoma tahap akhir) kami pasrah dalam kesedihan.
7- Arwah abah telah dimandi, dikafan dan disembahyangkan di rumah ini buat kali terakhir pada 1 September 2010.
8- Berlangsungnya kenduri kahwin adikku, acik pada Mac 2011.

Jom layan view keadaan rumah ni 1 weeks before my wedding.


pemandangan depan rumah

pandangan sisi. pagar tepi yg belum bercat tu lah yg runtuh
dilanggar lori baru2 ni.

dapur yg 95% siap..semua cermin kabinet belum dipasang


hall..tingkap pun x pasang lagi tuh.
interframe dlm pict ialah arwah abah, my mom dan adik2ku
 Rumah ini akan terus kami jadikan sebagai tempat utama untuk berkumpul adik beradik terutama bila time raya atau cuti2. Tapi my mom dh menyatakan keinginan untuk terus menetap disini, mungkin next year kot. katanya sayang ..rumah dibiar kosong tanpa penghuni...lagipun rumah kami dekat ngan rumah nenek.
Hmmmm apepun  belum ada keputusan muktamad lagi...

to my dear aleesya, mummy nak awak ingat kat sinilah kenduri pertama awak, kenduri cukur jambul dibuat.

Okey itu aje...

0 cOretaN saYang kawan2: