CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

U klik ME I klik U

Jumaat, 25 Februari 2011

LuCkY dRaW RaTu tUppErWaRe


 kalo kengkawan nak join ade syarat-syaratnye...tengok kat bawah nih

Jadi Follower Ratu Tupperware
Letakkan Banner di sidebar blog anda
Post entry mengenai contest ini
{tajuk n3 mestilah "Lucky Draw Ratu Tupperware"}
dan yang terakhir sekali sila tinggalkan jejak@komen di entry ini
beserta link entry contest yang telah anda buat

P/s: harap2 mummy aleesya bleh menang..iye la Brand tupperware kan best..mahal plak tu..memang berbaloi2 kalu menang....i like it...

Rabu, 23 Februari 2011

a HaPPy mOmEnt...sHoOtInG tRaIniNg & Competation aT bAtu PaHat

19.02.2011
seawal jam 3.00am bertolak dari KL ke Simpang Renggam (rumah abang) with my beloved hubby, aleesya & zara's family.
5.30 am reach Simpang Renggam. rehat2 & tido2 ayam kejap. tinggalkan aleesya with mummy long nya. sorry ye cayang x bleh bawak awk ke tempat bising nih..t malam kt g jenjalan ok..mmmmuahhh utk anak mummy yg cukup baik & sporting on that weekend ( nanti bg bg adias ye..)
8.30 am Bergegas ke Pusat Latihan Menembak Tanjung Labuh, Batu Pahat.
9.15 am Meet all my colleague at Pusat Latihan Menembak, together with all Batu Pahat staff. Sesi berkenalan pon bermula...first time meet ROHAYA, the person yang selalu berurusan kerja dengan ku almost 4 year...hari ni baru kenal rupa paras nya.
9.30 Pendaftaran peserta beserta taklimat dari wakil PDRM & our Director disamping sesi breakfast.
10.00 am training bermula dengan sesi latihan menggunakan pump gun. fuhhh first time pegang berat giler. lepas tengok sesi kumpulan pertama berlatih..dah surrender..for sure aku x bleh nk tembak pakai senapang nih..dia punya renjatan mampu membuatkan bahu aku sakit (bahu dah sedia sakit akibat kemalangan masa kecik2 doluu). tapi salute ngan Rohaya dia mampu buat & satu2nya wakil dr kumpulan pompuan yg menembak menggunakan pump gun.
10.30 am sesi latihan menggunakan pistol @ Glock. yang ni aku joined..mmg syokkk gilerr walaupon dibekalkan 10 butir peluru namun, keseronokan yang dirasai membuatkan rasa cam x cukup jerr...hehehe boss next time sponsor peluru bebanyak sket eh..dalam sesi training ni aku punya shoot kira OK le..kena jugak..hahahaha.
11.00 am sesi Pertandingan Menembak Acara Pistol bermula. Bang bom bang..akhirnya sampai my turn..fuhh berdebar gilerrr takut beb..masa training ada coach kat belakang, sesi pertandingan ni sorang2. tapi sib baik abg polis tuh duk dekat2 ngan aku so kira ada gak arr dia bg tips2...
HASILNYA : aku dapat 19 point je..hahhaha kira ok arrr for the first timer cam aku nih. tapi salute ngan my colleuge Yunni dapat 45 point...WOW...
12.30 Sesi pembahagian Hadiah.
Juara : En. Ramli Mohammad (Body Guard TSA)
Naib Juara: Azman Mohammad (TSA Driver)
ke-3 : Jamilullail Rohani (CSO Batu Pahat)

Walaupon x menang tp bleh berbangga gak la coz dapat tempat ke-7 dari keseluruhan.
moga2 ada peluang lagi untuk merasai sesi tembak menembak pada masa akan datang.

Pictha of the day...jom Layan..

Charlie Angels version Malay


Papa Aleesya pon ikut mummy jugak


My Hubby firstime with Pump Gun & shooting


Mummy with my trainer- using Glock 17


ni Ayah Long Aleesya...x aci arrr dia dh pro menembak


inilah target mummy masa first time training

akukah yang bertuah itu...ohhhh tidak hanya MIMPI je


TQ abg Mie...dapat gak no 7 kira ok lah tu..firstime kan


Our Shooting Team


The Angels from SFSS


ngah prepare nk shoot nih..abg polis ajar etika keselamatan dulu

sampai ketemu lagi di lain sesi ye..Bye..

Selasa, 22 Februari 2011

Pencarian Si Cilik Bergaya @ elissmie. com


Gambar inilah yang akan menjadi pertaruhan buat Aleesya...First time join blogger contest nih..harap2 ada LUCK!!! (Gambar ni di ambil bln lepas..masa nih baru belajar nak duduk..)


Tuliskan kategori :Kategori Perempuan
Nama anak : Nur Aleesya Damia Bt Khairul Nazri
Umur anak : 7 Bulan

Pencarian Si Cilik Bergaya @ elissmie.com  ditaja oleh:




Diaper Cakes by ShilaShower








* Jangan lupa tampal banner contest Pencarian Si Cilik Bergaya  @Elissmie di dalam entry dan di sidebar & masukkan elissmie.com & semua penaja di blog list korang yer (kalo follow lagi bagus )

Link-link yang perlu dimasukkan di bloglist  :-

elissmie.com - http://elissmie.com/
Diaper Cakes by ShilaShower - http://shilashower-diapercakes.blogspot.com/
Siti Sifir's Share-Out Space - http://sitisifir10.blogspot.com/
HazmanFadzil.com - http://hazmanfadzil.com/



Selasa, 15 Februari 2011

Selamat menyambut maulidur rasul

Selamat Menyambut hari Keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. semoga mendapat keberkatan di bawah junjungannya.

Oleh kerana hari ni cuti umum dan esok bekerja, so decide utk duk umah je, manje2 ngan aleesya yg br nmpak agak sihat berbanding 2-3 hari lepas. dah kembali bertenaga utk main panjat2, gelak2 n guesss what..anak mummy dah start panjat tangga utk ke tingkat atas (satu step je la)...satu perkembangan yg baru slps seminggu demam. tapi hr ni besday Papa Udin Aleesya...hmmm hampir terlupa Mama Zara nk buat BBQ kat umah dia.

Tghari, pergi Kuala Penambang kat Kuala Selangor dgn tujuan nk cr seafood yg segar..mmg berbaloi harga murah n sume segar2. lepas beli trus balik umah tp OTW balik tuh jam teruk kat Ijok, rupa2nya ada xciddent teru MyVi terbalik tayar sume keatas, manakala proton Saga/Waja x bleh nk cam hancur teruk. kat sisi jalan dah nampak darah memenuhi jalan, manakala satu mayat telah pon ditutupi plastik hitam...Ya Allah, minta jauhkan lah keluargaku dr perkara2 buruk sebegini...nauzubillahiminzalik.

Lps Asar, start BBQ time at Zara's house. Best2 ada macam2..ikan tuke, ikan kembung, ikan cencaru, udang, sosej, segala bebola, mihun goreng, kerang bakar n kek. Kekenyangan sgt. Happy 34th birthday to Saharudin, moga bertambah murah rezeki dan dipanjangkan umur.

Aleesya dlm mood yg baik hari ni...iye la dah mula rasa sihat kan. Mummy dah mula terasa kepenatan dan perlukan rehat...apepun today was a great day, Selamat Menyambut Maulidur Rasul & HappyBirthday lg kat Papa Udin....ZzZzZzZ...

pictha aleesya

Sabtu, 12 Februari 2011

Petua hilangkan batuk & selsema baby

aLeesya kembali batuk & selsema..kali ni agak teruk.
kesian anak mummy asyik menangis kerana x selesa untuk bernafas ditambah ngan sakit kerongkong yg disebabkan oleh batuk...sampai suara pun dah serak..Ya Allah sembuhkan lah segala penyakit anakku.
dah bnyak klinik aku g tp ubt2an mcm dh x berkesan tambahan lg aleesya br umur 7 bulan so the medicina also limited...sob..sob..mmg sedey sgt tengok dia nangis. ada jugak search petua2 org lama utk hilangkan batuk & selsema ni tp xtau arrr keberkesanan nya..Insyaallah hari ni nk cuba. kat sini mummy nk share beberapa petua yg dijumpai..mungkin akan berguna buat panduan kengkawan nanti.

1- tumbuk kunyit hidup pastu campurkan ngan minyak masak..lumurkan kat dada baby...
2- campurkan sikit madu ngan air suam pastu bg bb minum...(tp madu bleh ke bg bb makan..bukan ke madu tuh panas???)
3. Petua gunakan kapur sirih dengan kunyit – Ambil kunyit hidup dan di gesekkan dengan kapur makan. Sapu pada sepanjang batang hidung bayi .
4.Gunakan madu- Madu mengeringkan kahak. Campurkan madu pada susu bayi atau beri mereka minum madu sedikit setiap hari.
5.Petua menggunakan daun sirih-Ambil beberapa helai daun sirih ( kalau di pekan, kedai India selalu ada di jual ) , ramas atau tekan-tekan dengan tangan dan ambil lendirnya. Sapu lendir sirih tersebut pada sepanjang batang hidung bayi.
6. Anak yang sihat menjadi idaman setiap ibu bapa. Jika anak anda mengalami batuk berkahak dan selsema, pasti anda tidak dapat tidur lena. Amalkan petua ini. Ramaskan daun kaduk yang dicampur sedikit kapur sirih dan air. Kemudian, lumurkannya di atas dada dan perut bayi anda. Kahak tersebut akan keluar bersama najisnya.

hmmm ini beberapa petua yg di google oleh mummy..insyaallah nk try petua yg no 6 tuh..daun kaduk + kapur,...harap2 batuk aleesya akan cepat hilang.

P/s : kengkawan ada petua lain x???