CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

U klik ME I klik U

Khamis, 23 Disember 2010

SeLaMaT PenGantIn BaRu SyiKin & kHaIrUL...

SeLaMaT pEnGanTiN bArU...18.12.2010

hmmm semoga kekal bahagia hingga ke anak cucu. Ini Wedding anak Bongsu makde yang duk Kat Paloh 2, gua MusAng...
actually, kami bertolak dari P.Alam pada pagi2 hari Jumaat. Singgah amik nenek kat Balai Polis Sg.Besi (umah my aunty). Sampai kat Gua Musang singgah berehat di Bandar Gua Musang sejam dua br gerak ke rumah pengantin di RKT Paloh 2. sesampainye kat sana...aunty & uncle aLeesYa sume setia menunggu kat depan umah...huhuhu actually aku dah janji ngan mereka akan bertolak awal pg & tengahari musti akan sampai di rumah pengantin, tetapi akibat banyak singgah menyinggah kol 6pm baru sampai hehehehe...soRRy UoLs!

Anyway...majlis tetap meriah walaupon dalam hujan lebat, ditambah dengan persembahan silat serta DJ yang menghiburkan. Mummy juga terpaksa jadi tukang masak lauk pengantin manakala Papa terpaksa jadi tukang jaga air & lauk sepenuh masa (cian Papa penat giler sampai x sempat nak snap pict pun). Tok ma plak jadi tukang masak manakala adikku yang super hawttt kena jadi pengapit pengantin..pendek kata satu family terpaksa involve sepenuhnya....(bidan terjun) walaupon kepenatan, namun kemeriahan berkumpul bersama sanak saudara mengatasi segalanya...aLeesya mcm biasa le..jadik rebutan sume makcik2 & pakcik2 yang kukenali & tidak kenali cian aleesya penat giler melayan sume org sampai x cukup tido...bila reach je KL tido sampai time susu pon kena kejut...BEST sgt! inilah Year End Closing Wedding 2010. Next...2011 adalah tahun yg paling banyak wedding invitation yg perlu dipenuhi...
bermula 010111 wedding Kak Marina (Colleague) kt Mempaga, Bentong
 050211 wedding Along (Cousin), kt Kuantan
 050311 wedding Kak ira (colleague), kat Perak
120311 wedding Shima (colleague) kat Perak & etiey (cousin) kat Kelantan
010511 wedding kat kelantan
June 11 wedding adik ipar kat kelantan (tarikh blom ditetapkan)
Fuhhhh....1/2 tahun dah siap kena book utk wedding invitation. Banyak baju terpaksa tempah gara2 wujudnya tema bagi setiap wedding. ape pon, aku doakan agar sume nya berjalan sebagaimana yang dirancang.

Picha's all the day of the wedding...enjoy!!


Mummy wif hawty sis..acik

aleesya wif nice dress

aleesya's aunty & uncle

rimas...sume asyik nk pegang aleesya je

aleesya wif tok ma

at nite after wedd funct...so tired

really tired...
 p/s: teringat masa time weddingku dulu...hehehe bestnye menjadi Raja Sehari.



Rabu, 8 Disember 2010

SeLaMat TaHuN BaRu HiJrAh...

Selamat menyambut tahun baru hijrah...

Ape azam tahun baru kawan2 sume? Azam saya...nak menjadi seorang Mummy yang baik & bertanggungjawab, isteri solehah & terbaik untuk family. Juga berazam untuk buat SESUATU yang bermakna dalam hidup (ape bendanya tunggu & lihat)...

Sempena cuti awal muharam...bawa aLeesYa kuar jenjalan & g beli barang keperluan kat Tesco Shah Alam. hmmm try to suit aLeesYa in her new bAby Sling Carrier...mula2 dia cam takut2 jer..pastu dah seronok. Yang pastinya bukan Mummy yang carry..tapi PaPa coz aLeesYa berat sgt la cayang..x larat mummy nak carry awak...hehehe.
Suka tengok aLeesYa dalam carrier ni...so cute...Mummy love this pictha actually...hihihi. Love u mmmuahh!!

Isnin, 6 Disember 2010

aLeesYa dah 5 bUlaN...

Sekejap je masa berlalu...
pejam celik pejam celik, aLeeSya dah pun berumur 5 bulan. Hmmm pada umur ini aLeeSya teramatlah lasak terutama time tido..hehehe buas betul la ikut sapa ni??? Bila tido kena make sure bantal sume disekeliling dia sebagai penghadang jika tak.....ada yang akan jatuh t. Pada umur ini juga aLeesYa dah pandai mengengam objek, meniarap, menelentang, mendongakkan kepala, menggigit sume benda yang dipegang dan paling best bila panggil nama dia dia akan pandang sambil tersenyum...owwwhhh so cute...! AleesYa juga dah kurang menangis, ayik nak main je (kena make sure sume mainan dia bersih coz dia akan gigit sume mainan dia). Pada hari ni jugak,berat aLeesYa dah 8kg dengan panjang 63.5cm . Patut arrr dia minum susu 650gm seminggu...ish2 anak mummy ni.

Susu pilihan untuk aleesya hingga sekarang

Happy dengan perkembangan yang memberangsangkan ini. Semoga anak Mummy akan terus membesar dengan Cergas & Cerdas. Love U mmmmmuahhh!!!


Ahad, 5 Disember 2010

DalaM kEnAnGaN...

05 December...adalah tarikh yang sentiasa dihati keluargaku. Pada tarikh ini, setiap tahun kami adik beradik tak pernah lupa untuk meraikan atau mengirim ucapan "Selamat Hari Lahir" untuk ayahanda tercinta. Tapi kini..bermula pada hari ini...kami tidak mampu lagi untuk meraikannya, DIA lebih menyayangimu. Walaupun dirimu sudah tiada lagi di dunia ini, namun percayalah dirimu takkan hilang dari hati Ma  dan anak2 selama-lamanya. Abah, kami sentiasa mendoakan agar segala dosa2mu diampunkan Allah dan mendapat tempat bersama2 mereka yang beriman dan bertakwa kepadaNya. Al-Fatihah buat arwah abah. Aminnnn.


Abah sentiasa di hati kami, we LoVe U

Sabtu, 4 Disember 2010

aLeesYa dEmaM...+ diGanGgU oLeH JiN...

Minggu yang memenatkan...

aL-kisahnya, balik keje pada khamis lepas, badan aLeesYa panas semacam je...so terus bagi dia ubat demam la. Esoknya demam x baik2 lg..so amik EL jaga dia kat umah. Sabtu, demam dia x kebah2 juga so bawa g jumpa Doctor, suhu badan masa tu 37.2 c, doc cakap x tinggi sangat then kami dibekalkan dengan antibiotik dan ubat demam. a few hours lepas makan ubat yang dibekalkan badan aleesya macam timbul ruam2 merah cam campak. Aku dah risau, ada 3 kemungkinan dalam hatiku, samada Campak, Denggi/Malaria atau Allergic. Tanpa buang masa, hari ahad pagi terus bawa aLeesYa gi Hospital buat details check-up. Doctor amik darah untuk buat ujian...sayu hatiku melihat dia menangis kesakitan masa nurse amik darah dia, tanpa disedari aku turut nangis sama, sampai doctor plak yang tenangkan aku. berdebar tunggu result darah, lepas 1/2jam...doctor bgtau sume ok, cuma dia bekalkan antibiotik baru & suruh buang yang klinik bagi punye...mungkin x serasi ngan aLeesYa kot. balik umah, aLeesYa cam dah cool down lah.. So aku pikir dah kebah agaknya demam dia.
TAPI....malam dia start buat hal..nangis...nangis..nangis..non stop. Susu x nak langsung, bertambah2 lg kerisauan ku, dalam hati dah mula memikirkan benda2 lain. iye la badan dia pon dah x panas, maknanya demam dah baik la. selepas 8pm aleesya tertido dah..penat nangis agaknya. dalam kol 12 mlm dia kembali start nangis...kali ni sampai ke Subuh dia hanya akan diam sekejap2 je, itu pon hanya mummy je bleh peluk. ngan papa langsung x mao...memang semalaman kali x tido. bila dah kol 5.30am dia still nangis aku bgtau hubby, nak bawa anak jumpa ustaz lah. tapi itu la, x tau kat ne nak pergi??? kalu kat Kg senang la plak. then Jiran cadangkan Pusat Rawatan Islam Darul Hasanah. Lepas sembahyang subuh, kol 6.00am hubby terus g kat pusat tu, Malangnya ia dibuka pukul 10.am - 6pm sahaja. tapi kami berusaha mencari rumah pengamal perubatan itu, akhirnya jumpa.
Pada sesi berubat, Aleesya berada kat pangkuan Abg (lupa nak tanya nama pengamal perubatan tu, sebab nampak muda kami panggil abang je..hihihi), sejurus abg tu pegang ubun2 dia terus dia nangis2..then terus abg tu tanya ada bawa anak g mana? Seingat aku x kemana kecuali rumah cousin ku. Menurut katanya, anakku dikacau oleh Jin, yang kemudian menumpangi kat atas lehernya. Sebab tu dia asyik nangis sampai x mau susu. Katanya lagi anak2 kecil macam ni mmg boleh nampak sume makhluk halus, jadi jgn berada diluar rumah pada waktu senja. So dia mula membaca ayat2 al-Quran dan membekalkan 3 botol air penawar. 1 untuk pagari rumah dari gangguan2 anasir jahat Iblis, Syaitan & Jin. lagi dua untuk buat susu aleesya (minum).
Setelah habis berubat, balik rumah hubbyku terus buat sebagaimana diarahkan abg tersebut untuk pagari rumah. lepas tu baru la aku & aleesya bleh masuk umah. aLeesya dah x nangis sgt lepas tu. cuma nangis merengek2 sebab mengantuk & penat. selepas dah lap badan dan bg susu dia terus tido seharian, bangun kejap2 je utk minum susu. Kemudian, aku sedari ada satu masalah baru..dia mengalami kembung perut kerana terlalu lama menangis. Ya Allah...satu demi satu dugaan untukku..jiranku mencadangkan Gripe Water untuk melegakan kembung, alhamdulillah berkesan. Ya Allah inilah antara dugaan dari Nya untuk membesarkan anak. semoga Allah mempermudahkan segala urusanku dalam membesarkan anakku ini. Amin...